POLIS DEDAH PUNCA SEBENAR BUDAK 6 TAHUN JATUH DARI TINGKAT DUA SEKOLAH

| 13/11/2014 | 0 Comments

Kecoh juga berita hari ini dengan laporan seorang murid prasekolah di Taman Tasik Jaya cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Zikri, 6, mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2. Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah. Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar.

Polis dedah punca sebenar budak 6 tahun jatuh dari tingkat dua – Pihak polis sudah mengenal pasti murid yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata murid berusia 12 tahun terbabit menghidap autisme dan hiperaktif.

“Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor. Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian. Dari keterangan yang diberi, pihak polis lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku. Muhamad Zaki juga berkata pihak polis telah menemu bual kanak-kanak autisme yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi, dan mendapati kanak-kanak ini seorang yang hiperaktif dan dia tidak tahu akan akibat perbuatannya.

“Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada Adam Zikri, Faizul Khairy Zulkifli, 38, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di sini berkata anaknya dalam keadaan stabil dan hanya mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera pada kepala. Beliau berkata Adam Zikri telah selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan doktor memberitahu tiada pendarahan dalaman berlaku. Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

POLIS DEDAH PUNCA SEBENAR BUDAK 6 TAHUN JATUH DARI TINGKAT DUA

Adam Zikri Faizul Khairy, murid Kelas Prasekolah di sekolah itu, patah tangan kiri dan kaki kanan selain cedera pada kepala akibat kejadian jam 1.30 tengah hari itu. Dia kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

p/s: Dari sumber berita awal, ada yang mengatakan budak Autisme tu campak. Ni dari keterangan beberapa lagi saksi, mengatakan bukan dicampak. Melampau betul yang beri keterangan awal tu….


Tags: , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.