HARGA MINYAK RON97 TURUN 20 SEN SELITER

| 19/11/2014 | 0 Comments

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa hari ini. Kementerian Kewangan telah menghantar surat kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu kelmarin.

Harga minyak RON97 turun 20 sen seliter – Perubahan terakhir harga petrol premium adalah pada September lalu, di mana ia telah meningkat sebanyak 15 sen kepada RM2.75 seliter. Harga RON97 meningkat sehingga RM3 seliter pada September tahun lepas.

harga minyak ron97 turun 20 sen seliter

Pada Oktober tahun ini, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi. Harga runcit RON97 ditentukan oleh ‘apungan terurus’, dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.


Tags: , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.