VIDEO BUNG MOKTAR MINTA ASTRO DITUTUP KERANA SIARKAN IKLAN BERLEBIHAN

| 20/11/2014 | 0 Comments

Rasanya ini adalah isu lama. Isu yang panas seketika dan kembali reda bila teguran diberi dan Astro hanya buat tak tahu sahaja. Masalah mengenai gangguan siaran tu tak payah cakaplah memang dah berbuih rakyat mengeluh.

Bung Moktar minta Astro ditutup kerana siarkan iklan berlebihan – Terbaru, ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin turut membangkitkan isu jumlah iklan yang muncul di saluran televisyen berbayar Astro melebihi dari yang sepatutnya.

Dalam sesi parlimen semalam, Bung Moktar melontarkan hujah yang penyiaran Astro perlu ditutup segera kerana melanggar perjanjian dengan pihak kerajaan yang sebelum ini tidak membenarkan penyiaran sebarang iklan kerana ianya saluran berbayar.

BUNG MOKTAR MINTA ASTRO DITUTUP KERANA SIARKAN IKLAN BERLEBIHAN

Namun hujah Bung Moktar menerima soalan maut dari Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said yang bertanyakan sama ada ahli parlimen itu tidak takut sekiranya ada pelakon (yang ditujukan kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette) bakal dihalang keluar di saluran TV Astro selepas ini.

Haa, nak tahu apa jawapan Bung Moktar? Jom lihat video dibawah:

Hmm.. Bukan semua berani menegur Astro. Entah apa yang sebenarnya berlaku pun kami tidak pasti. Boleh dikatakan Astro kini sedang bermaharajalela. Mutu perkhidmatan yang teruk dan kini lambakan iklan pula semakin melampau. Tahniah Bung Moktar kerana anda sanggup mendahului rakyat tanpa menghiraukan kesannya kepada ahli keluarga anda.


Tags: , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.