TIADA LAGI SUBSIDI PETROL RON95 DAN DIESEL BERKUATKUASA 1 DISEMBER 2014

| Nov 21, 2014 | 0 Comments

Berita ini sudah tentu bakal menggusarkan banyak pihak. Terbaru myMetro melaporkan, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember 2014.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010. Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.

RON 95 NAIK RM20 SEN

“Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983. Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit,” katanya.

Tiada lagi subsidi petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa 1 Disember 2014 – Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.


Tags: , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.