HARGA BARU MINYAK PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL MULAI 1 DISEMBER 2014

| Nov 30, 2014 | 0 Comments

Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan bakal memansuhkan sepenuhnya subsidi minyak petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 ini. Harga minyak berkenaan akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Harga baru minyak petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 disember 2014 – Berikutan pemansuhan subsidi berkenaan, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apa akan berlaku kepada harga minyak berkenaan. Adakah akan berlaku kenaikan harga minyak ataupun sebaliknya.

Menurut sumber yang ammboi terima, harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9 sen manakala minyak RON95 pula diturunkan sebanyak 4 sen setelah pemansuhan subsidi minyak. Tetapi harga minyak diesel pula berlaku kenaikan sebanyak 3 sen.

HARGA BARU MINYAK PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL MULAI 1 DISEMBER 2014

Berikut adalah harga terkini minyak RON95, RON97 dan diesel menurut sumber dipercayai surat pekeliling yang diberikan syarikat IPTB (Buraqoil). Harga baru minyak RON97 adalah RM 2.46 seliter, harga baru minyak RON95 pula RM 2.26 Seliter. Manakala harga baru minyak Diesel pula adalah RM 2.23 seliter.

HARGA BARU MINYAK PETROL RON95 RON97 DAN DIESEL MULAI 1 DISEMBER 2014

Seperti yang ammboi maklumkan diatas, harga baru minyak RON95, RON97 dan diesel akan berkuatkuasa bermula pada 1 Disember 2014 ini.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.