PENGANTIN REMAJA TERKILAN BILA DIFITNAH NIKAH UNTUK TUTUP AIB

| 17/12/2014 | 0 Comments

Kecoh juga media sosial dengan cerita pernikahan pengantin remaja yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun. Ianya menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila mereka menamatkan zaman bujang pada hujung bulan lalu dalam usia yang cukup muda.

Pengantin remaja terkilan bila difitnah nikah untuk tutup aib – Biasalah, perkara sebegini pasti akan menimbulkan pelbagai syak dan fitnah. Kahwin muda, pelbagai andaian akan timbul dan disebarkan. Ada yang kata begitu dan ada yang akan kata begini. Paling ramai sudah tentu akan mengatakan kahwin untuk menutup aib.

Memetik sumber berita, pasangan pengantin remaja terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, memberitahu mereka dinikahkan pada 30 November 2014 lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.

PENGANTIN REMAJA TERKILAN BILA DIFITNAH NIKAH UNTUK TUTUP AIB

“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook milik­nya.

Hmm.. Itu antara luahannya. Sudah tentu beliau kecewa dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan. Kami di ammboi.com doakan agar Muaz dan Izzati tabah menempuhi dugaan ini. Yang penting, berani kerana benar. Jika tak buat salah buat apa nak gentar kan?

Tidak dinafikan ada kebaikannya bernikah di usia muda. Boleh mengelakkan masalah lain berlaku. Tetapi alam rumahtangga ni bukannya semudah yang disangkakan. Jadi, kena sentiasa bersedialah untuk memikul tanggungjawab masing-masing.


Tags: , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.