HARGA MINYAK PETROL DAN DIESEL TURUN 1 JANUARI 2015?

| 19/12/2014 | 0 Comments

Ini mungkin berita menggembirakan buat semua. Menurut sumber berita, kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 dan diesel pada kadar yang lebih rendah pada 31 Disember 2014 ini.

Harga minyak petrol dan diesel turun 1 Januari 2015 – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu dibuat ekoran harga minyak mentah dunia menyusut secara konsisten ketika ini. Ketika ini, harga minyak mentah Brent jatuh pada paras di bawah AS$60 (kira-kira RM210) setong bagi penghantaran Januari, kali pertama sejak 2009.

HARGA MINYAK PETROL DAN DIESEL TURUN 1 JANUARI 2015

Berdasarkan sumber info lain pula, harga minyak RON97, RON95 dan diesel dijangka turun 10 sen dan akan dipasarkan dengan harga baru bermula 1 Januari 2015. Bagaimanapun jumlah penurunan harga kesemua bahan api itu bagaimanapun belum dapat diumumkan setakat ini kerana masih di peringkat kajian.

Dalam pada itu, Datuk Ahmad Maslan meminta para peniaga supaya menurunkan harga barang keperluan harian sekiranya harga bahan api sudah diturunkan oleh kerajaan.

Memetik laporan Astro Awani pula, Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata situasi (penurunan harga minyak) itu rentetan penurunan harga minyak mentah dunia yang menyusut kebelakangan ini.

“Kita jangka penurunan 10 sen untuk semua minyak, bagaimanapun ini hanya bayangan harga kerana kadar sebenar hanya akan ditetapkan kerajaan dalam masa terdekat. Tidak banyak penurunan walaupun harga minyak dunia mencatat penurunan. Masyarakat perlu tahu ada kos lain yang tidak termasuk di dalam pengiraan harga minyak seperti pengangkutan dan sebagainya,” katanya.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.