HARGA MINYAK PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL TURUN MULAI 1 JANUARI 2015

| Dec 31, 2014 | 0 Comments

Kerajaan mengumumkan harga baru runcit bagi minyak petrol RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pula RM2.11 seliter manakala diesel RM1.93 seliter bagi bulan Januari berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel turun mulai 1 Januari 2015 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga baru runcit bagi RON95 dan RON97 itu menunjukkan penurunan sebanyak 35 sen seliter manakala penurunan harga diesel ialah sebanyak 30 sen seliter.

HARGA MINYAK PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL TURUN MULAI 1 JANUARI 2015

“Harga baru ini akan berkuatkuasa pada Januari 2015 dan kerajaan akan mengikuti perkembangan terkini pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya. Pada Disember 2014, harga runcit RON95 ditetapkan pada RM2.26 seliter dan diesel RM2.23 seliter manakala, RON97 RM2.46 seliter,” katanya.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.