DUA BERADIK HILANG SUDAH DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT

| 10/01/2015 | 0 Comments

Syukur Alhamdulillah. Menerusi sumber berita semalam, dua beradik yang dilaporkan hilang sejak hari Rabu lepas kini telah selamat kembali ke pangkuan keluarga hasil kerjasama dari pihak polis.

Dua beradik hilang sudah ditemui dalam keadaan selamat – Memetik laporan dari Astro Awani, bapa kepada adik beradik itu, Hudzaifah Fauzi berkata anak-anaknya kini sudah bersama keluarga dan dalam keadaan baik. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan dengan pelbagai tohmahan dan berita palsu yang disebarkan mengenai kehilangan anaknya. Hudzaifah juga menyatakan kekesalan terhadap fitnah yang menular di media sosial sejak berita kehilangan anaknya mula tersebar di internet.

dua beradik hilang sudah ditemui dalam keadaan selamat

“Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari dari rumah seperti yang didakwa. Saya berterima kasih pada pihak yang membantu menyebarkan khabar sehingga anak-anak kami ditemui semula. Harap pihak-pihak tertentu hentikanlah semua tanggapan buruk yang ditujukan kepada keluarga kami. Sekarang ini semuanya sudah selamat,” katanya.

Pada Rabu lepas, Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, telah meminta kebenaran dari ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum mereka didapati tidak kembali 15 minit selepas itu.


Tags: , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.