CARA MUDAH MENGESAN PEMANDU LANGGAR LARI DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

| Feb 25, 2015 | 7 Comments

Ada yang kata info ini bahaya untuk disebarkan. Takut terlepas maklumat pengguna kenderaan dan sebagainya. Ada juga yang kata selepas cara ini didedahkan, sudah tentu selepas ini pihak insurans akan ambil maklum dan tentunya mereka susah untuk beri maklumat.

Pada kami, anggaplah ini satu info yang bermanfaat. Jadikan ia sebagai panduan kita pun sudah cukup. Mungkin tidak guna cara yang sama, tetapi kita boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat orang yang bersalah.

Cara Mudah Mengesan Pemandu Langgar Lari Dengan Nombor Pendaftaran Kenderaan:

Pertama sekali yang anda mesti ada adalah nombor pendaftaran (plat) kenderaan berkenaan. Tak ada nombor memang tak boleh gunalah cara ni rasanya. Selain itu, perlu juga ada butiran beberapa maklumat seperti jenis kenderaan, dan rupa fizikal pesalah (jika nampak dan ingat, mungkin senang nak buat pengecaman).

CARA MUDAH MENGESAN PEMANDU LANGGAR LARI DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

Kedua, log masuk ke MYEG [https://www.myeg.com.my/]. Menerusi sistem MYEG, sebenarnya kita boleh semak rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan dengan memasukkan nombor plat kenderaan selain dari pada semak JPJ atau PDRM. Di halaman ‘Summons Service’ PDRM, tekan ‘drop down menu’ dan pilih ‘Vehicle No’. Pastikan juga anda pilih ‘Non Malaysia’ untuk elakkan dari memasukkan nombor kad pengenalan. Masukkan susunan teks ‘captcha’ dan tekan butang ‘Check Summons’.

Jika tiada rekod anda boleh teruskan kaedah dibawah….

CARA MUDAH MENGESAN PEMANDU LANGGAR LARI DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN 2

Ketiga, buka pelayar Chrome dan taip URL ini di kotak alamat web – https://www.mycarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang perlu dimasukkan untuk melakukan carian di MyCarInfo? Juga nombor pendaftaran kenderaan. Anda perlu masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan submit. Nama syarikat dan nombor polisi insurans kenderaan berkenaan akan dipaparkan.

Keempat, ambil nombor polisi tersebut dan emailkan kepada syarikat berkenaan. Kalau boleh daftar email baru untuk urusan ini. Gunakan ayat dibawah atau kalau anda ada ayat sendiri terpulang:

Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.

Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 – 22 Jul 2015

Thanks in advance.
Regards.

Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Emel diatas seolah-olah kita adalah tuan punya kenderaan dan mencerahkan peluang kita untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik kenderaan tersebut. Jika pihak insurans yakin dengan email kita tidak mustahil mereka akan membalas email tersebut berserta lampiran ‘Cover Note’ yang mengandungi data pemilik kenderaan – nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.

Dengan maklumat yang ada, anda boleh hubungi pesalah berkenaan dan berbincang untuk menyelesaikan kes yang telah berlaku. Mungkin ada penyelesaian yang boleh diselesaikan dengan jalan sebaiknya dalam perbincangan tersebut. [sumber asal: Shak Hassan | Data Analyst | Datago.my via TheVocket]

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Hmmm.. Amacam? Anda rasa mudah tak cara diatas? Bagaimana pula dengan keselamatan diri? Pada kami di ammboi.com, cara diatas memang nampak agak mudah (walaupun anda kena ikut beberapa step yang agak menyulitkan] dan anda boleh selesaikan kes kemalangan berkenaan serta menuntut ganti rugi dari pesalah.

Bagaimana pula kalau si pesalah adalah gangster dan sebagainya? Mungkin ia akan membahayakan anda. Yalah, bukan senang nak minta duit dari orang ni. Nasihat kami, tak perlulah nak cari maklumat pesalah dan sebagainya.

CARA MUDAH MENGESAN PEMANDU LANGGAR LARI DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN 3

Cara yang lebih baik dengan adanya nombor pendaftaran kenderaan pesalah adalah membuat laporan polis. Mungkin agak leceh makan masa dan sebagainya tetapi keselamatan anda terjamin.


Tags: , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (7)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    THANK U

  2. Anonymous says:

    Dia cuma keluar nama insurance company dgn period policy je, no policy dia x keluar.. Macam mane pulak tuh?

  3. Saman COPS says:

    SEMAKAN saman secara percuma dan DISKAUN bayaran saman sehingga 50% @ FB.com/samancops

  4. Jolyn says:

    Hi this is somewhat of off topic but I was wondering if blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML. I’m starting a blog soon but have no coding expertise so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be enormously apaepcietrd!

  5. sunderi says:

    pukimak langgar lari

  6. Anonymous says:

    Mcam mne nk tahu no flat ssuatu knderaan dgn mggunakn no chassis atau no enjin??

Leave a Reply

Your email address will not be published.