INI RESPON FAHRIN AHMAD BILA ISTERINYA DIDAKWA JANDA ANAK SATU

| May 11, 2015 | 0 Comments

Tahniah diucapkan kepada pelakon Fahrin Ahmad, 36, yang sudah sah bernikah dengan Elena Hani Eleas, 37, di Pusat Konvesyen Sime Darby kira-kira pukul 10.40 pagi pada hari Sabtu lalu.

Ini respon Fahrin Ahmad bila isterinya didakwa janda anak satu – Pernikahan itu akhirnya menamatkan tanda tanya pemimat dan pihak media mengenai siapa wanita pilihan Fahrin. Sebelum itu, ramai juga selebriti wanita yang dikaitkan sebagai calon isteri Fahrin setelah aktor itu enggan mendedahkan calon pilihannya sehingga hari perkahwinan.

Dalam pada itu, timbul pula cerita kurang enak mengenai isteri Fahrin, Elena. Ada yang menyebarkan cerita kononnya Elena seorang janda beranak satu dan sudah pernah berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar Online, Fahrin menegaskan wanita yang dikahwininya itu bukanlah seorang janda beranak satu seperti yang didakwa beberapa pihak.

Fahrin berkata, spekulasi tersebut tidak sepatutnya wujud kerana berita tidak sahih itu bukan kenyataan daripadanya tetapi daripada pihak yang suka menyebarkan fitnah.

INI RESPON FAHRIN AHMAD BILA ISTERINYA DIDAKWA JANDA ANAK SATU

“Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,” katanya.

Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing pada akhir tahun lalu.

Sementara itu, Fahrin berkata, dia tidak sangka jodohnya merupakan rakan kelas yang sama-sama menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam 17 tahun dahulu. “Itulah namanya jodoh. Selepas 17 tahun, kami dipertemukan pada bulan Ramadan tahun lalu dan kemudiannya kami saling bertanya khabar.

“Saya memilih Elena selepas melihat dia menerima saya sebagai orang biasa dan bukannya kerana seorang pelakon. Dia juga seorang penyayang, mengambil berat, matang, bijak dan berdikari. Hatinya juga kental dan tidak mudah melatah,” ujarnya.

Elena merupakan Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates dan kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak lapan tahun lalu. Kata Fahrin, meskipun mereka sering berjauhan, namun ia tidak pernah menghalang mereka untuk berkomunikasi menerusi laman sosial Skype.

Menurut Elena, Fahrin sanggup menunggunya di laman Skype sehingga pukul tiga pagi hanya untuk memastikan dia selamat pulang ke rumah selepas bekerja.

“Saya tidak mengambil tahu tentang isu-isu dunia selebriti dan apa yang saya lihat, Fahrin seorang yang saya prihatin dan mengambil berat ke atas diri saya. Walaupun kami berlainan bidang, saya akan cuba memahami situasinya sebagai seorang pelakon dan bersedia dengan segala kontroversi atau gosip yang membabitkan Fahrin. Saya juga sanggup berhenti kerja demi berada di sampingnya membina keluarga kami,” tuturnya.

p/s: Banyakkan bersabar yer Fahrin. Biasalah tu ada dunia hiburan….


Tags: , , , ,

Category: FEATURED, HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.