PANDUAN SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TARAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR

| 17/06/2015 | 2 Comments

Esok mula puasa. Maka malam ini kita akan mula melaksanakan Solat Sunat Tarawih. Mungkin ada yang ingat-ingat lupa, atau ada yang dah terlupa maka pada hari ini ammboi nak berkongsi satu panduan ringkas untuk melakukan ibadah Solat Tarawih ni.

Panduan sembahyang Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir – Sebenarnya setiap tahun ammboi ada update, kemaskini atau post mengenai solat Tarawih ni. Namun mungkin ada post yang sudah agak lama dan beberapa maklumat kurang lengkap maka pada tahun ini ammboi akan post kan ianya sekali lagi.

PANDUAN SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TARAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR 2

Hukum Sembahyang Sunat Tarawih:

  • Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  • Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

Waktu Sembahyang Sunat Tarawih:

  • Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:

  • Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
  • Pada zaman Rasullullah SAW sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
  • Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
  • Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:

niat solat tarawih terawih(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)

Rukun Sembahyang Sunat Tarawih:

  • Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.

Kaifiat Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakat:

i) Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:

1) Dari malam 1 hingga 15 Ramadan:

a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takathur hingga surah al-Lahab. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:

1. Surah Al-Takathur
2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Humazah
4. Surah Al-Fil
5. Surah Quraisy
6. Surah Al-Ma’un
7. Surah Al-Kautsar
8. Surah Al-Kafirun
9. Surah An-Nasr
10. Surah Al-Masad

b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.

2) Dari malam 16 hingga akhir Ramadan :

a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Lahab.

SEMBAHYANG SUNAT WITIR:

i. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang sunat witir selepas sembayang sunat tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat witir ini ditunaikan secara berjemaah.

ii. Salam selepas dua rakaat yang pertama.

iii. Lafaz niat sembahyang sunat witir:

a) Bagi dua rakaat yang pertama: Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

b) Bagi rakaat yang akhir: Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat makmum kerana Allah Taala)

iv. Pada malam 16 hingga akhir bulan Ramadan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut sembahyang subuh.

v. Bacaan Surah :

Selepas membaca surah al-Fatihah di dalam tiap-tiap rakaat sembahyang sunat witir dibaca pula surah-surah berikut :

a) Rakaat pertama: Surah al-A’la

b) Rakaat kedua: Surah al-Kafirun

c) Rakaat yang akhir: Surah al-Ikhlas

Kalau penerangan yang ammboi petik tu tak jelas anda boleh rujuk sumber dibawah (tapi kena sabar la tunggu dia muat turun dokumen tu semuanya. Lepas tu boleh terus KLIK KANAN dan SAVE AS [untuk PC]:

PANDUAN SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TARAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR


Sedikit tambahan mengenai solat Witir. Ada juga yang tunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja.

Lafaz niatnya:

niat solat witir(Sahaja aku sembahyang sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala)

Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. [bukan sumber buku JAKIM]

Anda juga boleh download PANDUAN SEMBAHYANG SOLAT SUNAT TARAWIH DAN SOLAT SUNAT WITIR menerusi link yang ammboi sediakan disini: LINK 1 | LINK 2 atau versi lain PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH DAN WITIR

Sumber: JAKIM


Tags: , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. AsSalamu’Alaikum WBT buat cik puan sklrg …

    Jutn tksh ats sgl info brkaitn prkr di atas .. Sgt jelas kpd sy yg kurang ilmu trsebut … Sgl info sgt sy hargai seIkhlasnya sy doakn agr cik puan sklrg snts diMurahkn rzki diRahmati dn diBerkati didunia ini / diAlam Barzah dan Jannah Allah SWT .. Aamiin Allahumma Aamiin Yaa Karim …

  2. Muhammad Danial says:

    Perlukah kita niat setelah 2 rakaat….ataupun hanya pada permulaan hendak solat tarawih…mohon penjelasan

Leave a Reply

Your email address will not be published.