HARGA MINYAK RON95 DAN RON97 NAIK MULAI 1 JULAI 2015

| Jun 30, 2015 | 0 Comments

Mohon maaf kerana menyiarkan info yang kurang disenang selepas berterawikh ni. Untuk makluman anda, harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga minyak RON95 dan RON97 naik – Menurut Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti, harga diesel kekal pada RM2.05 seliter dan harga baru tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai 2015 ini.

HARGA MINYAK RON95 DAN RON97 NAIK MULAI 1 JULAI 2015

Beliau berkata menerusi laporan Sinar Harian, harga baru RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Tags: , , , , , , , ,

Category: FEATURED, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.