STATUS TERAKHIR REMAJA MOHON MAAF SEBELUM TERBABIT KEMALANGAN MAUT

| 31/07/2015 | 0 Comments

Dua remaja maut apabila motosikal dinaiki bertembung dengan kereta di Kilometer 32 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Tanjung Ipoh di Kuala Pilah, semalam. Mangsa, Muhammad Hazany Zham Hazmy, 17, dan pemboncengnya Ahmad Nor Asri Mohd Nor, 15, maut di tempat kejadian.

Status terakhir remaja mohon maaf sebelum terbabit kemalangan maut – Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Kuala Pilah mahu pulang ke rumah di Kampung Talang, Tanjung Ipoh.

STATUS TERAKHIR REMAJA MOHON MAAF SEBELUM TERBABIT KEMALANGAN MAUT

Bagaimanapun ketika cuba memotong kenderaan lain dari arah sama, motosikal mangsa bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk bedah siasat.

“Andai esok aku pergi aku ingin minta maaf minta ampun pada kamu semua. Lebih-lebih lagi orang aku sayang. Esok jika aku sudah tiada, tolong sedekahkan al-Fatihah untuk aku dan doakan aku sentiasa berada dalam kalangan orang beriman.”

Itu status terakhir Muhamad Hazany Zham Hazmy, 17, yang ditulis dalam Facebook (FB) sebelum menemui ajal dalam kemalangan berkenaan kelmarin.

Bapa Ahmad Nor Asri, Mohd Nor Sumiau, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang wanita melalui telefon bimbitnya. Namun pada awalnya beliau tidak mengendahkan kerana keletihan selepas selesai bertugas sebagai pemandu lori.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.