SELEPAS 47 HARI HILANG DUA KANAK-KANAK ORANG ASLI DITEMUI SELAMAT

| 09/10/2015 | 0 Comments

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Dua kanak-kanak orang asli ditemui selamat – Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan. Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

SELEPAS 47 HARI HILANG DUA KANAK-KANAK ORANG ASLI DITEMUI SELAMAT

Kemungkinan ‘misteri’ kehilangan mereka bakal terungkai setelah selepas 47 hari dilaporkan hilang, dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia.

Dua mangsa yang selamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob dan Miksudiar Aluj. Manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya. Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat. Lokasi penemuan mangsa tidak jauh daripada tengkorak yang ditemui petang semalam.

Lebih memilukan dua kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan kurus kering dan hanya bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan. Ketika ditemui, dua kanak-kanak berkenaan tidak mampu berjalan kerana terlalu penat. [mymetro dan bhonline]

Semalam, media melaporkan, mayat kanak-kanak yang ditemui di perairan Sungai Perias dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie. Kanak-kanak berusia lapan tahun itu adalah antara tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang lebih enam minggu lalu.

Mayat mangsa dikenal pasti oleh bapa saudaranya di sebuah hospital. Mayat kanak-kanak yang sudah reput itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari asrama di Sekolah Kebangsaan POS Tohoi pada jam 7 malam.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.