PUNCA REMAJA OKU MUHAMMAD FIRDAUS MENINGGAL DUNIA TERJAWAB

| 14/10/2015 | 0 Comments

Al-Fatihah… Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu, disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Punca remaja oku Muhammad Firdaus meninggal dunia terjawab – Pada ammboi, pemergian adik Firdaus sememangnya mengejutkan. Namun ammboi berharap tiada cerita mengarut disebarkan mengenai punca kematiannya. Untuk makluman anda, menurut sumber laporan Berita Harian Online, Firdaus meninggal dunia akibat sawan.

Berita lanjut menyusul Pada 21 Jun tahun lalu, Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya ketika operasi Jabatan Imigresen. Dia yang kurus kering ditemui dikurung dalam bilik yang sangat kotor dan terdapat najis yang sudah kering.

Pada 17 November lalu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.