RESPON DATUK K BILA ISTERINYA DATUK SITI NURHALIZA KEGUGURAN

| 02/12/2015 | 0 Comments

Respon Datuk K bila isterinya Datuk Siti Nurhaliza keguguran | Setelah hampir sembilan tahun menunggu, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza akhirnya disahkan hamil. Namun sayangnya, kandungan Datuk Siti hanya bertahan selama dua bulan. Datuk Siti menerusi laman Instagramnya telah mengesahkan kandungan beliau gugur dan beliau reda dengan ketentuan Nya.

Apa pula reaksi suami Datuk Siti iaitu Datuk Seri Khalid Jiwa,56, atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K? Sudah tentu beliau amat berharap memiliki cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Datuk Siti.

Memetik sumber Utusan Malaysia Online, Datuk K berkata kasih sayangnya tidak akan sama sekali ber­belah bahagi buat isteri tersayang, ma­lah semakin menebal buat Siti Nurhaliza, pada ketika artis berkenaan dilanda duka ekoran janin yang dikandung tidak mampu diselamatkan.

RESPON DATUK K BILA ISTERINYA DATUK SITI NURHALIZA KEGUGURAN

“Apa sekalipun yang berlaku, saya tetap me­nyayangi Siti sampai ke jannah (syurga), saya cintakan dia sehingga ke hujung nyawa saya,” demikian kata-kata perangsang sang suami, Datuk Seri Khalid Jiwa,56, buat penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, yang ketika ini sedang bertarung dengan dugaan hebat ekoran keguguran kandungannya.

“Kita reda, kita terus tabah dengan ujian Allah ini. Aturan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat hamba-Nya. Itu pesan saya buat Siti. Insya-Allah, masih boleh berusaha lagi. Saya tahu, isteri saya seorang yang sangat kuat untuk melalui semua dugaan ini,” katanya lagi secara eksklusif, kepada Utusan Malaysia.

Pada 13 November lalu portal berita itu turut melaporkan, penyanyi yang mendapat jolokan ‘Si Jantung Hati Malaysia’ itu sah hamil dan ketika itu, kandungannya sudah memasuki usia bulan kedua.

Berita kehamilan Siti disambut dengan doa yang tidak putus-putus oleh keluarga dan peminat penyanyi berkenaan, kerana ini adalah yang pertama diketahui umum setelah lebih sembilan tahun beliau mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal itu.

Bagaimanapun, pada 26 November lalu, penyanyi berkenaan disahkan keguguran setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta di ibu kota. Malah, Siti juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram, menceritakan mengenai keguguran berkenaan pada awal pagi ini dan ia disiarkan meluas oleh media tempatan berdasarkan info pada laman sosial tersebut.

Ketika ini, penyanyi itu sedang menjalani rawatan berpantang di rumah dan diselia oleh ibu kandungnya, Siti Salmah Bachik dan juga mentua, Siti Zainab Hanaffi selain keluarga lain di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

RESPON DATUK K BILA ISTERINYA DATUK SITI NURHALIZA KEGUGURAN 2

“Ternyata, Allah S.W.T meminjamkan anugerah ini untuk seketika. Sempat dua bulan Siti mengandungkannya dan Siti keguguran. Selepas habis proses berpantang ini, Siti akan menjalani kegiatan seperti biasa,” kata Siti Nurhaliza.

Juga difahamkan daripada sumber terdekat, kehamilan kali ini ‘menjadi’ atas faktor semula jadi, bukan berda­sarkan teknologi perubatan sebagaimana yang disangkakan pihak luar.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.