RESPON IBU JEJAI DAN NORA DANISH BILA DIDAKWA PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA FASHA SANDHA

| 18/12/2015 | 0 Comments

Ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada rumah tangga pelakon popular, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31.

Sehingga kini, belum ada apa-apa respon dari Fasha mengenai isu konflik rumah tangganya dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39. Ada sumber info mendakwa, Fasha dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini. Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.

RESPON IBU JEJAI DAN NORA DANISH BILA DIDAKWA PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA FASHA SANDHA

Tambah sumber itu, keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri. Lebih parah lagi ujar sumber itu apabila bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dikatakan turut terbabit sama. Tambahnya, isu berkenaan telah menjadi perdebatan peminat Fasha dan Nora di laman sosial mereka.

RESPON IBU JEJAI DAN NORA DANISH BILA DIDAKWA PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA FASHA SANDHA 1

“Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha. Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah,” kata sumber tersebut dipetik laporan mStar Online.

Dek kerana beberapa isu yang seolah-olah atau ditujukan kepadanya, ibu mertua Fasha Sandha, merangkap ibu kepada Jejai iaitu Raja Noora akhirnya tampil menafikan perkara tersebut bagi mengelakkan namanya terus jadi bahan kontroversi dan dihentam oleh orang ramai.

RESPON IBU JEJAI DAN NORA DANISH BILA DIDAKWA PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA FASHA SANDHA 3

Jelasnya menerusi laman Instagram miliknya, tuduhan berkenaan merupakan satu fitnah terhadap dirinya dan beliau kini dalam proses untuk menyiasat siapakah dalang disebalik penyebaran fitnah itu dan bakal menghadapkan individu tersebut ke mahkamah.

RESPON IBU JEJAI DAN NORA DANISH BILA DIDAKWA PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA FASHA SANDHA 2

“Tuduhan terhadap saya, Putri Azalea & keluarga mengenai hubungan Rizal dan Fasha adalah tidak betul sama sekali dan merupakan fitnah. Kami sedang berunding dengan penasihat kami dengan tujuan untuk menentukan siapakah yang membuat fitnah ini dan akan membawa mereka ke mahkamah.”

Fasha dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.