6 PENAJA PELIK PASUKAN BOLA SEPAK

| Jan 18, 2016 | 2 Comments

6 Penaja Pelik Pasukan Bola Sepak | Macam-macam hal dan cerita arena bola sepak negara kita sejak pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil untuk menaja pasukan Kelantan RM16 juta selama dua musim.

Ada yang jadikan ia bahan lawak kerana Kelantan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors bakal bertukar kepada The PINK Warriors gara-gara DS Vida mengenakan syarat untuk menukar imej pasukan Kelantan kepada warna kegemarannya merah jambu.

3 KISAH PENAJA PELIK PASUKAN BOLA SEPAK

Bagaimanapun tindakan DS Vida itu jangan hanya dipandang dari sudut berkenaan sahaja. Ia sebenarnya telah membuka lembaran baru dalam dunia pengiklanan kerana sebelum ini amatlah sukar untuk sesebuah kelab bola sepak dinegara kita ini mendapatkan tajaan lumayan dari syarikat-syarikat besar seperti itu melainkan syarikat dibawah naungan kerajaan negeri.

Rentetan daripada itu, beberapa syarikat lain juga dilihat tidak mahu mengalah untuk turut serta menjadi penaja pasukan bola sepak tempatan yang lain antaranya pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang dikhabarkan ingin ‘melamar’ pasukan Selangor manakala Nouvelles Visages pula dilaporkan juga menyuarakan minat yang sama.

KISAH PENAJA PELIK PASUKAN BOLA SEPAK

Kisah-kisah ini tentulah membawa warna yang lebih ceria kepada liga bola sepak negara, yang dilihat semakin suram sejak kebelakangan ini. Suntikan dana yang diterima juga pastinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi saingan dan melonjakkan pasukan ke kedudukan yang terbaik samada dalam liga dan juga piala.

Jadi, abaikan sahaja cerita negatif mengenai penajaan yang diterima. Yang penting, pasukan bola sepak menerima dana dan berupaya untuk menguruskan pasukan sehingga penghujung musim dengan sebaiknya.

Sedar atau tidak, sebenarnya Kelantan antara pasukan yang bernasib baik menerima tajaan dari syarikat pengeluar produk kecantikan. Apa yang mungkin kita tidak tahu dalam dunia ini masih ada kisah penaja yang mencuri tumpuan, termasuk kisah penaja yang pelik dan melucukan seperti yang pernah menaja pasukan Voukefalas dan Paleopyrgo dari Greece serta AC Milan.

1) Pasukan Voukefalas

Kelab dari Greece ini terpaksa menerima tajaan daripada rumah pelacuran dek kerana masalah kewangan yang dihadapi negara tersebut. Oleh itu, pada 2012 kelab Voukefalas ini menerima tajaan daripada rumah pelacuran soula.

“Apabila kami mengumumkan kepada pemain kami akan ditaja rumah pelacuran, mereka bertanya tentang bonus,” kata presiden kelab itu seperti yang dilaporkan oleh Mirror.Uk.

2) Pasukan Paleopyrgo

Masih juga di Greece, pasukan Paleopyrgo juga senasib dengan pasukan Voukefalas apabila masalah ekonomi menjadi faktor kepada pasukan ini untuk menerima tajaan daripada rumah mayat.

“Ia adalah tentang untuk terus bertahan. Pemilik rumah pengurusan mayat itu adalah seorang rakan dan kami bersetuju,” kata pengurus kelab itu, Giannis Batziolas kepada Nova Sport FM.

3) Pasukan Ac Milan – Pooh Jeans

Walaupun kelab ini begitu mashur sehingga kini, namun pada tahun 1981-1982 kelab yang berasal dari Itali ini pernah menjadi bahan jenaka peminat bola sepak.

Memetik laporan Mirror, pasukan ini yang menerima tajaan daripada pakaian Pooh Jeans pada tahun itu, menarik minat khayalak kerana jersi yang dipakai oleh pasukan itu tertera perkataan “Pooh” yang besar tertera dibahagian hadapan jersi sehingga menjadi bahan tawa peminat.

4) West Bromwich Albion – No Smoking Symbol (1985-1986)

5) Clydebank – Wet Wet Wet (1993-1990)

6) FC Nurnberg – Mister Lady (2005-2008)


Tags: , , , , , , , ,

Category: BOLA SEPAK DUNIA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. faiz says:

    nama awak siyapa

  2. faiz says:

    agak awak setiya sisi allah

Leave a Reply

Your email address will not be published.