SEMAK SAMAN JPJ – SEMAKAN SAMAN ONLINE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

| 19/01/2016 | 9 Comments

Cara mudah untuk semak saman JPJ? Kini anda boleh buat semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara online dan juga sistem pesana ringkas (SMS) menerusi beberapa kaedah dibawah.

SEMAK SAMAN JPJ ONLINE DAN SMS

SEMAKAN ONLINE SAMAN JPJ

MyEG Services – Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh JPJ di sini.

myeg

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Layari www.myeg.com.my.
  • Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  • Login menggunakan nama dan kata laluan.
  • Klik eServices pada menu dan pilih JPJ.
  • Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.

SEMAK SAMAN JPJ - SEMAKAN SAMAN ONLINE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Layari laman Pertanyaan Saman JPJ.
  • Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN. (contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
  • Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
  • Akhir sekali klik butang “Semak”. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.

SEMAK SAMAN JPJ SECARA SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej. Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:

SEMAK SAMAN JPJ

Taipkan: JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

Contoh:

JPJ SAMAN 841220122332

atau

JPJ SAMAN WEP1234

– – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Semoga info diatas membantu anda.

Sekian terima kasih.


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (9)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. hєlєn gαdín αnαk вєnαng says:

    jpj ѕαmαn 901013135296

  2. Saya Nak check saman

  3. lina says:

    jpj saman 880921435139

  4. Anonymous says:

    pls aapa wasap saya 0174959046

  5. mohd zahar says:

    jpj saman 580207045083

  6. Shukriyah binti abu bakar says:

    Saya ada saman jpj pada tahun 2015 no motor pfa 6512 saya mahu tanya saman saya berapa saya kwna bayar.

  7. Shukriyah binti abu bakar says:

    Saya ada saman jpj pada tahun 2015 no motor pfa 6512 saya mahu tanya saman saya berapa saya ke
    na bayar.

  8. Anonymous says:

    nak cek saman kenderaan motor
    jpj

Leave a Reply

Your email address will not be published.