TMJ TEGUR FAM DAN FMLLP ISU DUIT HAK PENYIARAN LIGA MALAYSIA?

| 08/03/2016 | 0 Comments

TMJ tegur FAM dan FMLLP isu duit hak penyiaran Liga Malaysia? Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat diatas sumbangan dana RM1 juta kerana pasukan itu berjaya menjuarai piala AFC 2015.

Dalam pada itu, TMJ yang merupakan pemilik skuad Johor Darul Takzim (JDT) juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menyampaikan pesanan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam.

TMJ TEGUR FAM DAN FMLLP ISU DUIT HAK PENYIARAN LIGA MALAYSIA

Pesanan itu adalah berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga super dan liga premier dan masih belum diselesaikan oleh FAM mahupun FMLLP.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di atas dana tersebut. Saya lebih gembira jikalau Perdana Menteri boleh sampaikan sedikit pesanan kepada FAM dan Kevin Ramalingam berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga super dan liga premier. Manakah wang RM Satu Juta atau dua juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan? Sut-sut pegawai FAM dan FMLLP semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan.” kata TMJ dalam perkongsian oleh Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, Tunku Ismail mendedahkan bagaimana FAM telah membolot hak pasukan-pasukan yang bertanding. Selain dari pesanan berkenaan, Tunku Ismail juga ditanya mengenai perbezaannya dengan pesaing yang lain.

“Saya seorang yang gemar memandu kereta yang laju dan saya tahu destinasi saya. Mereka pula mahu memandu apa yang saya pandu, tetapi mereka tidak tahu hala tuju mereka,” katanya.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.