10 LANGKAH BIJAK UNTUK JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH

| 10/03/2016 | 1 Comment

Kalau sebelum ini ammboi ada berkongsi mengenai 5 tips penggunaan penghawa dingin dengan bijak sebagaimana yang disarankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

10 LANGKAH BIJAK UNTUK JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH 1

Untuk post kali ini, ammboi nak kongsikan pula 10 langkah bijak untuk jimatkan penggunaan elektrik di rumah. Sudah tentu semua orang mahu berjimat kan?

Yalah, kalau pun bukan untuk mengurangkan pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko pembaziran duit untuk bayar bil kerana penggunaan yang tidak cekap dan berbaloi.

Berikut adalah 10 langkah bijak untuk menjimatkan elektrik di rumah:

  1. Pemantauan – Lakukan pengauditan tenaga elektrik dirumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik. Ini kerana ada sesetengah peralatan lama atau bermasalah akan menyebabkan penggunaan elektrik lebih daripada biasa.
  2. Plug – Matikan suis dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan. Menurut TNB, pengaliran tenaga akan tetap berlaku kalau plug tidak ditanggalkan.
  3. Suis – Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik. Ini antara langkah bijak yang paling mudah tetapi susah untuk segelintir daripada kita amalkan.
  4. Peralatan Elektrik – Kalau boleh belilah peralatan elektrik yang mempunyai label jimat tenaga. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga. Ia akan memberi maklumat tentang peratusan penjimatan elektrik yang digunakan.
  5. Lampu – Pastikan lampu yang digunakan dari jenis cekap tenaga. Kalau boleh bertukar kepada lampu jenis flouresen untuk pencahayaan dalaman kerana ia lebih menjimatkan.
  6. Peti Sejuk – Kalau boleh belilah peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan beli yang terlalu besar. Selain itu, elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk keluar setiap kali pintu dibuka. Elak meletakkan peti sejuk pada tempat panas dan berikan sedikit ruang di sekeliling peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.
  7. Pendingin Hawa (Aircond) – Tetapkan suhu pendingin kepada hawa kepada 24 – 26 darjah C. Baca disini untuk 5 tips penggunaan penghawa dingin dengan bijak! Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga. Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.
  8. Mesin Basuh – Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
  9. Komputer – Elakkan penggunaan “screen saver” dan matikan suiz monitor jika tidak digunakan. Eloklah kalau komputer di ‘shut down’ dan elakkan dari sleep mode.
  10. Seterika – Setiap kali menggosok pakaian hendaklah dalam jumlah yang banyak. Kalau boleh gosok pakaian untuk seminggu sekali pun sudah memadai.

10 LANGKAH BIJAK UNTUK JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH 2

Amacam, susah ke nak ikut langkah diatas? Langkah-langkah penjimatan berkenaan kalau tak diamalkan secara berterusan memang susah nak nampak hasilnya.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published.