6 GAMBAR PROTON EXTREMA YANG BAKAL MENGUJAKAN ANDA

| 09/04/2016 | 9 Comments

Proton Extrema! Adakah dongeng atau gosip semata-mata? Peminat kereta Proton pastinya akan teruja bila menyaksikan gambar-gambar model SUV baru yang bakal dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Menurut sumber Proton bakal memasarkan SUV pertama mereka pada 1 April 2017.

Model SUV pertama Proton ini dikhabarkan bakal menggunakan nama Proton Extrema. Memetik sumber Paultan.org, Ada sumber telah mendedahkan brosur misteri model baru SUV Proton ini.

proton extrema 1 april 2017

Dengan rekabentuk iras-iras model popular Honda CRV mahupun HRV, digabungkan dengan sedikit elemen BMW X6, ada yang menganggap Extrema pastinya mampu memberi saingan kepada pesaing mereka jika ditawarkan dengan harga berpatutan dan kualiti yang setanding.

Menurut sumber itu lagi, dijangkakan Extrema bakal dijana dengan enjin baharu 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus TGDI – dengan konfigurasi paling berkuasa, yang mampu menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 250 Nm. Mungkin dengan pacuan roda-hadapan dan semua-roda dan dipadankan dengan transmisi baharu CVT.

Macam mana? Apa yang anda boleh komen mengenai Proton Extrema? Adakah ia nampak menarik? Adakah model SUV baru Proton ini mampu memberikan impak dan saingan dalam segmen berkenaan?

Sila berikan pandangan dan komen anda dibawah. TQ


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (9)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. yippy says:

    canggih dan rekabentuk menarik. Syabas Proton!!

  2. pengat says:

    cantik tpi bentuk kurang ekstreme lagi…

  3. Idris bin iran says:

    Dilihat biasa2 je. Pereka perlu buka mata. Gunakan imaginasi sepenuhnya. Jangan meniru medel sediada. Pandang 10 tahun kehadapan. Hidup proton. Slmt berjaya.

  4. Maell says:

    Kereta besar kenapa cc 1.5 je..
    Macam x sesuai je dengan body..
    Gen2 pun 1.6..

    • yadzli.amn says:

      Enjin kecik tapi klau ada turbo memang mencukupi. Pengeluar utama dunia spt BMW, VW, Audi dll masing2 sedang mengeluarkan model yg mempunyai cc yg kecil iaitu 1.0L – 1.4L, tetapi kuasanya jauh lebih bagus drp 1.6L enjin.

  5. rip says:

    bagus la proton..melangkah setapak lagi..namun jgn buat sekadar nak buat..hasilkan sesuatu yg benar 2 berkualiti..walaupun mahal, pasti ada yg membeli

  6. me says:

    cc tu biar 1.6 kerana mural road tax

  7. Z ultra says:

    Sepatutnya proton sudah lama keluar model suv sejak berkolabrasi dgn misutbishi

  8. dulu proton skrg honda says:

    ..enjin kecik xde hal..ada turbo tu..pasti steady.
    Yg x tahan menketedarah minyak kuat ler..dah ler minyak mahal skrg ni & asyik naik jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published.