SUMMAK CAFE – “TAK APALAH UNTUNG SIKIT PUN, ASALKAN PELANGGAN PUAS HATI DAN DAPAT BERJIMAT”

| 26/04/2016 | 0 Comments

Sudah tentu semua orang mahu berjimat. Yang lebih orang mahu dalam berjimat kita boleh puas hati. Itulah yang diutamakan oleh pemilik sebuah kedai makan, Summak Cafe yang menawarkan hidangan nasi berlauk termasuk minuman serendah RM2.99 dan RM3.99.

Bagi Mohd Subri Abdul Wahab, 30, apa yang penting baginya adalah kepuasan pelanggan selain keuntungan semata-mata. Subri yang mengusahakan Summak Cafe bersama isterinya, Maimunah Abdul Rauf, 31, menawarkan menu berharga RM3 atau RM4!

Walaupun tawaran menu berkenaan hanyalah sementara iaitu sehingga 7 Mei ini, pihaknya sentiasa memastikan harga rendah kepada pelanggan kerana mementingkan keuntungan sedikit tetapi biarlah berkekalan.

“Tak apalah untung sikit pun, asalkan pelanggan puas hati dan dapat berjimat. Walaupun menu berharga RM3 atau RM4 ini cumalah sementara sehingga 7 Mei ini, kami sentiasa memastikan harga rendah kepada pelanggan kerana mementingkan keuntungan sedikit tetapi biarlah berkekalan. Tidak guna meletakkan harga tinggi untuk untung banyak tetapi perniagaan tidak kekal lama,” katanya dipetik sumber myMetro.

Menurut Mohd Subri lagi, disebabkan mendapat permintaan yang tinggi, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan harga promosi menu yang sepatutnya berakhir 30 April lalu sehingga 7 Mei 2016 ini.

Jelasnya, hidangan nasi berlauk berharga RM3.99 termasuk sambal, sayur, kuah kari dan minuman ialah Set Ayam Slambe Rock, Set Bawal Berapi, Nasi Ayam dan Laksa Penang manakala Set Keli Superb Rangup pula RM2.99.

Untuk makluman anda kedai makan Summak Cafe terletak di No. 7G, Jalan PJU1A/5A, Ara Damansara. Atau kalau anda inginkan info lanjut anda boleh hubungi 016-322 4553. Ini pula adalah Facebook Summak Cafe!

Peta lokasi Summak Cafe!

LOKASI SUMMAK CAFE LOCATION

Jom makan!


Tags: , , , , , , , ,

Category: JOM MAKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.