PUNCA SEBENAR KEDAH TOLAK TAJAAN D’HERBS TERJAWAB

| 05/05/2016 | 0 Comments

Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan D’Herbs Terjawab! Sebagaimana yang kita semua maklum, Kerajaan Negeri Kedah telah beri kata putus untuk tolak usul penajaan dari D’Herbs kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Memetik sumber info Facebook Bolasepak Malaysia, satu salinan surat daripada KFA kepada Menteri Besar Kedah telah tersebar. Daripada salinan surat berkenaan maka terjawablah punca sebenar Kerajaan Negeri Kedah dan KFA menolak tajaan sebanyak RM30 juta daripada D’Herbs.

PUNCA SEBENAR KEDAH TOLAK TAJAAN D'HERBS TERJAWAB 4

Ini berikutan antara syarat-syarat yang dikemukan oleh D’Herbs kepada KFA adalah supaya kerajaan Kedah memberi 2 lot tanah negeri di Pokok Sena seluas 150 ekar dengan anggaran keseluruhan sekitar RM 80 Juta.

Ini dapat disahkan Bendahari KFA, Mohd Yusof yang dengan tegas menyatakan bertanggungjawab menolak penajaan D’Herbs dengan jawapan Kerajaan Negeri dan Menteri Besar tidak akan menggadaikan negeri sekadar untuk memajukan bolasepak.

Untuk makluman anda, usul cadangan daripada D’Herbs adalah untuk menaja pasukan negeri Kedah dengan jumlah RM30 Juta untuk tempoh 3 tahun.

PUNCA SEBENAR KEDAH TOLAK TAJAAN D'HERBS TERJAWAB 2

Dalam pada itu, sama-sama kita nantikan pula penjelasan atau sidang media daripada Datuk Aliff Syukri mengenai isu syarat penajaan ini dan juga punca penolakan penajaan dari Kerajaan Negeri Kedah dan juga KFA.


Tags: , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.