SEMAKAN KEPUTUSAN UPU DAN POLITEKNIK SESI 2016/2017 ONLINE DAN SMS

| 14/05/2016 | 0 Comments

Semakan Keputusan UPU dan Politeknik Sesi 2016/2017 Online! Fuh, sudah tentu adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM 2015 sudah tidak sabar menunggu keputusan kemasukan ke mana-mana pusat pengajian tinggi awam.

Untuk makluman semua, keputusan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak Isnin ini 16 Mei 2016, mulai jam 12 tengah hari.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU DAN POLITEKNIK SESI 2016

Bagaimanapun keputusan kemasukan berkenaan hanya melibatkan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau Politeknik Premier sahaja.

Semakan Keputusan UPU dan Politeknik Sesi 2016/2017 Secara Online dan SMS:

Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi UA berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi mulai Selasa disini http://upu.mohe.gov.my/web/

Cara Semak Keputusan UPU dan Politeknik Sesi 2016/2017 Secara Online dan SMS:

Untuk buat semakan SMS UPU 2016/2017 anda boleh ikut cara dibawah:

  • Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah sekiranya link UPU di atas menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh UA atau Politeknik Premier menerusi laman web rasmi UA atau JPP.

Sekiranya calon gagal mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh ditetapkan akan ia akan dianggap sebagai menolak tawaran berkenaan.

Semakan Keputusan Politeknik Konvensional atau Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA):

Manakala keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional atau Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada 26 Mei 2016 ini mulai jam 12 tengah hari.

Anda boleh buat semakan online menerusi link-link dibawah:

Semakan Keputusan Temuduga

Semakan untuk program pengajian yang bertemuduga sahaja dimana semasa permohonan terdapat tanda atau simbol (#) di bahagian akhir nama program.

Semakan online temuduga UA/ IPTA adalah seperti berikut:

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris : Semakan panggilan temuduga Diploma UPSI (Diploma Bahasa Inggeris, Diploma Muzik, Diploma Tari dan Diploma Teater) bermula 14 April 2016 (Khamis) selepas jam 12.00 tengah hari di url http://www.upsi.edu.my/online/ atau UPSI
  • UiTM : Semakan Panggilan temuduga Program Diploma/ Asasi TESL bermula pada 15 April 2016 (Jumaat) jam 300 petang – klik UiTM atau Portal Kemasukan Pelajar
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia – UPNM
  • Universiti Utara Malaysia – UUM
  • Asasi Pintar UKM : Semakan pada 14 April 2016 jam 1200 tengahari – Klik UKM
  • Politeknik Malaysia : Semakan pada 15 April 2016 untuk Program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat & Diploma Kejuruteraan Perkapalan sahaja – Bahagian Pengambilan Pelajar

Rayuan UPU dan Politeknik Sesi 2016/2017 Secara Online

Hanya pemohon yang gagal menerima tawaran ke UA atau Politeknik Premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan yang akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 26 Mei hingga 31 Mei ini di http://upu.mohe.gov.my.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA atau Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun ini. Jika tiada tawaran diterima daripada UA atau Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di UA atau Politeknik Premier berkenaan, rayuan dianggap gagal.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published.