JADUAL DAN KEPUTUSAN MALAYSIA PIALA THOMAS DAN UBER FINAL 2016

| May 16, 2016 | 2 Comments

Jadual dan keputusan Malaysia Piala Thomas dan Uber Final 2016! Malaysia memulakan kempen Piala Thomas 2016 dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas England dalam saingan yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, di sini sebentar tadi.

Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama tidak berdepan masalah menumpaskan Toby Penty 21-15, 21-11 dalam tempoh 34 minit bagi meraih mata pertama Malaysia.

JADUAL DAN KEPUTUSAN MALAYSIA PIALA THOMAS DAN UBER FINAL 2016 3

Beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadikan kedudukan 2-0 selepas menundukkan Marcus Ellis-Chris Langride 21-12, 21-17 dalam aksi yang memakan masa 40 minit.

Chong Wei Feng yang diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran perseorangan kedua tampil cemerlang dengan mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Sam Pasrsons 21-10, 21-10.

Bagaimanapun, beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal meraih mata keempat negara apabila tewas 18-21, 21-13, 17-21 kepada Peter Briggs-Tom Wolfenden.

Perseorangan ketiga negara, Goh Soon Huat pula dipaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum merekodkan kemenangan 21-15, 19-21, 21-13 ke atas Alex Lane.

Bagaimanapun pasukan Piala Uber 2016 Malaysia gagal mendapatkan mata dalam perlawanan pertama apabila tumpas 5-0 kepada gergasi badminton Asia, China.

Berikut adalah jadual dan keputusan Malaysia Piala Thomas dan Uber Final 2016. Jadual dan keputusan penuh perlawanan Piala Thomas dan Uber 2016 akan ammboi kemaskini dari masa ke semasa.

JADUAL DAN KEPUTUSAN MALAYSIA PIALA THOMAS DAN UBER FINAL 2016livescore piala thomas 2016

Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2, pada pusingan akhir Piala Thomas peringkat kumpulan di Pusat Sukan Kunshan, Selasa.

Pasukan Malaysia mencatat kemenangan melalui ketiga-tiga pemain perseorangan, yang menyumbangkan tiga mata manakala strategi negara untuk meraih mata awal menerusi beregu gagal. Datuk Lee Chong Wei memulakan kutipan mata dengan menewaskan Son Wan-ho 21-18, 21-15.

Seterusnya, pasangan beregu negara Koo Kien Keat-Goh V Shem telah ditewaskan oleh gandingan Nombor 1 dunia Lee Yong-dae-Yoo Yeon-seong 16-21, 11-21. Bagaimanapun, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bangkit semula pada perlawanan seterusnya dengan menewaskan Lee Dong-keun 21-17, 21-15.

Pasangan Korea Selatan tidak mahu mengalah dan berjaya mengutip mata kedua mereka, sekali gus mengikat kedudukan 2-2 melalui Kim Ki Jung-Kim Sa-rang dengan menewaskan satu lagi pasangan beregu negara Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong 21-14, 24-22. Namun, pemain berpengalaman negara Chong Wei Feng mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan penentu dengan memberikan mata kemenangan, menewaskan Jeon Hyeok-jin 21-16, 21-16 dalam perseorangan ketiga.

Malaysia, yang sebelum ini menewaskan England 4-1 dan Jerman 5-0, akan bersaing di peringkat kalah mati untuk menentukan empat pasukan pilihan utama.

result thomas and uber cup 2016thomas cup result 2016malaysia thomas cup result 2016thomas cup result 2016

MALAYSIA BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2016

Skuad Piala Thomas negara melangkah ke saingan separuh akhir esok selepas menewaskan Taiwan 3-1 pada aksi suku akhir sebentar tadi di Pusat Sukan Kunshan.

Seperti dijangka, Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama berjaya menewaskan Chou Tien Chen 21-18, 21-18. Beregu pertama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bagaimanapun tewas 21-16, 19-21, 19-21 kepada pasangan Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin.

Perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin kembali meletakkan skuad negara di depan selepas mencatat kemenangan mudah 21-8, 21-13 ke atas Hsu Jen Hao.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang turun selaku beregu kedua negara meraih mata kemenangan selepas menewaskan Chen Hung Ling-Wang Chi Lin 21-16, 22-20.

KLIK SINI – – JADUAL DAN KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS DAN UBER 2016

KLIK SINI – – LIVE SCORE PIALA THOMAS DAN UBER FINAL 2016

Alamak, ramai tak tahu cara tengok LIVE SCORE diatas. Anda hanya perlu klik link diatas dan satu tab baru akan muncul. (1) Tengok ada perlawanan melibatkan pemain Malaysia. (2) Kemudian klik untuk pilih perlawanan.

live score malaysia thomas cup 2016

Sekian, terima kasih!


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.