ULASAN PENUH PERLAWANAN MALAYSIA SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2016

| May 21, 2016 | 0 Comments

Harapan Malaysia untuk ke final kejohanan Piala Thomas 2016 kecundang apabila pemain perseorangan ketiga negara, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Denmark, Emil Holst dalam perlawanan terakhir.

Terdahulu, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memperoleh mata pertama untuk Malaysia apabila menewaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan straight set 23-21, 21-18.

ULASAN PENUH PERLAWANAN MALAYSIA SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2016

Pasangan beregu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong pula menyumbangkan mata kedua untuk Malaysia apabila mengalahkan pasangan beregu, Mathias Boe-Mads Conrad-Petersen juga dengan straight set 21-18, 21-18.

Bagaimanapun, pemain perseorangan kedua Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas kepada Hans-Kristian Vittinghus dengan 18-21, 18-21 dan beri mata pertama untuk Denmark.

Pasangan beregu kedua negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melepaskan mata kedua buat Denmark apabila turut tewas kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-10, 8-21, 13-21.

Harapan tinggi yang disandarkan kepada pemain perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng akhirnya terkubur apabila beliau kalah kepada Holst dengan 15-21, 18-21, menjadikan kedudukan mata 2-3.

Dalam perlawanan akhir Piala Thomas 2016 esok, Denmark akan bertemu dengan Indonesia apabila pasukan dari negara jiran itu berjaya mengalahkan Korea Selatan, 3-1.

Manakala untuk perlawanan akhir Piala Uber 2016, China yang menyingkirkan India, 3-0 akan bertemu dengan Korea Selatan yang menewaskan Jepun juga dengan keputusan yang sama.

skuad piala thomas malaysia 2016

Apapun sekalung terima kasih buat semua pemain badminton negara. Walaupun gagal mara ke final, sekurang-kurangnya anda sudah mencuba dengan sebaiknya.


Tags: , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published.