Bagi yang belum tahu, majlis undian Piala Malaysia 2016 peringkat kumpulan baharu sahaja selesai berlangsung pada jam 11.30 malam tadi. Majlis berkenaan juga telah disiarkan secara langsung di kaca televisyen menerusi saluran TV9.

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2016

Semua 16 pasukan yang telah mengesahkan slot ke Piala Malaysia telah dikumpulkan mengikut lokasi tertentu dan menyaksikan Felda United, JDT, Selangor dan T-Team (Port 1) manakala Kedah, Kelantan, PDRM, Terengganu (Port 2), Perak, Sarawak, Pahang, Melaka (Port 3) dan Kuala Lumpur, JDT 11, Negeri Sembilan dan PKNS berada dalam Port 4.

RESULT UNDIAN PIALA MALAYSIA 2016

Menerusi undian Piala Malaysia 2016 yang dilakukan, keputusan penuh adalah seperti berikut. Terengganu T-Team, Kedah, Sarawak dan JDTII (Kumpulan A) manakala Selangor, Kelantan, Pahang FC dan Kuala Lumpur (Kumpulan B).

Johor Darul Takzim, PDRM, Perak dan Selangor PKNS (Kumpulan C) dan KL Felda United, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan (Kumpulan D).

VIDEO UNDIAN PIALA MALAYSIA 2016

Berikut pula adalah video sedutan rakaman undian Piala Malaysia 2016 yang sempat ammboi rakamkan untuk mereka yang belum berkesempatan menontonnya.

Nampaknya, semua kumpulan memiliki pasukan dengan kekuatan dan kelebihan masing-masing. Adil dan terbaik!