TM UPGRADE PAKEJ UNIFI VIP5 KEPADA VIP10 BAGI PENGGUNA SETIA SECARA AUTOMATIK

| May 30, 2016 | 0 Comments

TM upgrade pakej Unifi VIP5 kepada VIP10 bagi pengguna setia secara automatik? Kalau baca tajuk secara ringkas, sudah tentu ia satu berita yang boleh dianggap sebagai menggembirakan kepada semua pelanggan Unifi VIP5. Namun begitu, ianya tidaklah segembira mana.

Memetik sumber info Amanz.my, Telekom Malaysia kini dilihat telah mula menaik-taraf pakej Unifi VIP5 kepada VIP10 untuk pengguna-pengguna setia mereka secara percuma dan dilakukan secara automatik.

TM UPGRADE PAKEJ UNIFI VIP5 KEPADA VIP10 BAGI PENGGUNA SETIA SECARA AUTOMATIK

Menurut sumber itu lagi, proses ini dilakukan secara automatik dan ia seperti membawa maksud tiada sebarang penambahan bayaran perlu dilakukan oleh pengguna dan juga tanpa lanjutan atau pembaharuan kontrak.

Melalui naik taraf ini, pengguna VIP5 yang menikmati kelajuan 5Mbps sebelum ini kini boleh menikmati kelajuan 10Mbps pada harga yang sama. Namun begitu, ia didapati hanyalah untuk pelanggan-pelanggan terpilih sahaja dan bukannya melibatkan kesemua pelanggan VIP5.

Daripada sumber yang sama, TM dilaporkan mungkin mempunyai kriteria tersendiri untuk penaik-tarafan ini – termasuk berapa lama pengguna melanggannya, dan kekerapan membayar bil dengan tepat pada waktu.

Oleh disebabkan itu, tidak semua pengguna VIP5 dilihat menerima promosi ini. Naik-taraf dilakukan secara automatik dan berperingkat. Pengguna yang telah dinaik-taraf akan menerima SMS untuk memaklumkan perkara ini.

TM UPGRADE PAKEJ UNIFI VIP5 KEPADA VIP10

Ammboi juga pelanggan Unifi VIP5. Berdasarkan kepada akaun TM ammboi, masih belum ada apa-apa makluman dari TM mengenai pakej ‘free upgrade kepada VIP10’ ini. Adakah ammboi bukan pelanggan terpilih? (sedih) – TM UNIFI?


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.