PM UMUM BONUS RAYA 2016 SETENGAH BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH BERITA PALSU

| 01/06/2016 | 0 Comments

Tiba-tiba sebelah petang tadi kecoh dengan viral di media sosial bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan mengumumkan bonus raya 2016 setengah bulan gaji untuk penjawat awam.

Berita isu didakwa disiarkan oleh portal Bernama. Namun begitu, menerusi kemaskini terkini di laman Facebook Bernama, pihaknya menafikan mengeluarkan laporan berita memetik PM Najib mengumumkan bonus setengah bulan untuk kakitangan kerajaan sempena Aidilfitri.

PM UMUM BONUS RAYA 2016 SETENGAH BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH BERITA PALSU 2

“Bernama denies issuing news report quoting PM Najib announcing half-month bonus for government servants in conjunction with Aidilfitri” – petikan Facebook Bernama.

Berdasarkan pemerhatian ammboi, satu artikel mengenai pengumuman pemberian bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam di akhbar Sinar Harian Online juga menjadi tumpuan.

PM UMUM BONUS RAYA 2016 SETENGAH BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH BERITA PALSU

Namun begitu, laporan berita itu sememangnya sahih namun ia adalah laporan berita lama kerana ia diterbitkan pada 25 Julai 2012 dan bukannya pada 2016.

Artikel berkaitan: Cuepacs baru sahaja buat rayuan untuk BONUS RAYA 2016 disini – BONUS 2016 SATU BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM?


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.