JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN SERTA SENARAI PEMAIN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

| Jun 11, 2016 | 1 Comment

Jadual dan keputusan perlawanan serta senarai pemain Malaysia jelajah Oceania 2016 | Skuad Harimau Malaysia bakal mengharungi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” dalam Jelajah Oceania 2016. Malaysia dijadualkan akan bertemu Papua New Guinea, New Caledonia dan Fiji.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengekalkan kesemua 24 pemain yang menganggotai skuad Harimau Malaysia ketika dua aksi Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor-Leste.

SENARAI RASMI PEMAIN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

Ia termasuk Zaquan Adha Abd Radzak (JDT II) dan Mahalli Jasuli (JDT) yang sebelum ini dipanggil bagi mengisi tempat R Gopinathan (Selangor) dan Matthew Davies (Pahang) serta kapten, Safiq Rahim (JDT) yang ketiga-tiganya terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

Memetik laporan portal FAM, bagi siri Jelajah Oceania 2016, skuad 24 pemain ini akan berlepas ke Brisbane, Australia melalui Gold Coast pada jam 11.55 malam ini untuk berlatih di sana selama beberapa hari sebelum terbang pula ke Port Moresby bagi menghadapi perlawanan pertama bertemu naib juara Piala Negara-Negara Oceania 2016, Papua New Guinea pada 17 Jun 2016 ini.

Kemudian, skuad Kim Swee akan terbang pula ke Noumea untuk aksi kedua bertemu New Caledonia pada 22 Jun disusuli aksi ketiga dan terakhir menentang Fiji di Nadi pada 26 Jun 2016.

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan persabahatan Malaysia dalam siri jelajah Oceania 2016:

JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

17 JUN 2016 | PAPUA NEW GUINEA [-] vs [-] MALAYSIA

22 JUN 2016 | NEW CALEDONIA [-] vs [-] MALAYSIA

26 JUN 2016 | FIJI [-] vs [-] MALAYSIA

– – – – – – – – – – – – – – – – – –

“Jelajah Oceania ini penting bukan saja untuk mendapatkan keputusan positif dan juga memperbaiki ranking, malah saya akan mendapat hampir 20 hari bersama untuk membentuk ‘team building’ di kalangan pemain.

“Ini kerana, selepas ini, pemain hanya dapat dikumpulkan untuk tempoh seminggu sebelum perlawanan untuk tarikh FIFA pada September dan Oktober.

Berikut pula adalah rekod lima aksi terakhir pasukan-pasukan yang akan dihadapi skuad Harimau Malaysia pada Jelajah Oceania 2016:

JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA JELAJAH OCEANIA 2016

“Untuk tiga aksi dalam siri jelajah ini, kita sudah mengumpul video perlawanan membabitkan Papua New Guinea, New Caledonia dan Fiji terutama aksi mereka dalam Piala Negara-Negara Oceania 2016 yang baru saja berakhir dengan Papua New Guinea muncul naib juara selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada New Zealand pada aksi final, petang tadi.

“Bagi saya, ketiga-tiga pasukan ini bukan mudah. Kita tahu kedudukan negara mereka yang agak jauh antara satu sama lain dan juga dengan benua lain. Jika sebelum ini mereka main banyak perlawanan, sudah tentu ranking mereka lebih tinggi. Jadi untuk tiga aksi ini, kita harus dalam tahap terbaik untuk mendapatkan keputusan positif.

“Secara keseluruhan, kita perlu mendapatkan keputusan positif dan juga membentuk ‘team building’ daripada siri jelajah ini dan disusuli empat perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur pada September dan Oktober yang amat penting untuk persiapan ke Piala Suzuki AFF 2016 pada penghujung November ini,” kata Ong Kim Swee.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Afif Rayyan says:

    Harap skuad malaysia beroleh pengalaman yang berharga di sana

Leave a Reply

Your email address will not be published.