PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM (7 GAMBAR)

| 13/06/2016 | 0 Comments

Alhamdulillah, Accappan peluk agama Islam! Bulan mulia penuh berkat ini ammboi terbaca info mengenai seorang pelakon komedi yang pernah popular dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Accappan dikhabarkan telah memeluk agama Islam.

Menurut sumber info Oh! Media, Acappan dikhabarkan telah memeluk agama Islam berikutan tersebarnya beberapa gambar pelakon tersebut bersama beberapa jemaah.

PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 5

Dalam pada itu, berdasarkan sumber info itu juga nama Islam Accappan adalah Muhammad Ramadhan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak penuh kemuliaan ini.

PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 4

Ada sumber juga menyatakan asalnya Accappan mahu memilih nama Syahrin tapi setelah diberitahu makna namanya adalah sebulan maka dia memilih nama Ramadhan.

PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 6

Beberapa gambar dan berita mengenai Accappan memeluk agama Islam kini viral di laman sosial. Ramai yang memanjatkan kesyukuran dan terharu dengan penghijrahan Accappan.

PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 1 PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 2 PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM 3

Berdasarkan pemerhatian ammboi di beberapa laman sosial, ramai yang gembira dan menyatakan rasa syukur dengan hidayah Allah kepada Accappan.

PELAKON KOMEDI ACCAPPAN PELUK AGAMA ISLAM

Sekiranya info ini benar, sama-sama kita doakan segala urusan dan ibadah Accappan atau nama Islamnya Muhammad Ramadhan dipermudahkan Nya. Insya Allah.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.