TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO BEST COMPANION APP

| Jun 14, 2016 | 0 Comments

Demam UEFA EURO 2016 makin terasa. Semua peminat bola sepak pastinya sangat teruja untuk menyaksikan antara kejohanan bola sepak terulung di dunia itu.

Bagi pelanggan saluran sukan Astro, anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh menonton kesemua perlawanan UEFA EURO 2016 secara langsung menerusi kaca televisyen.

TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO 3

Anda bukan pelanggan Astro?

Jangan bimbang. Inilah yang akan ammboi kongsikan. Ada berita baik untuk anda kerana masih berpeluang menonton perlawanan UEFA EURO 2016 secara percuma.

Anda tidak perlu menjadi pelanggan Astro untuk menikmati tawaran ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah download aplikasi Astro on the Go (AOTG) ke dalam telefon pintar anda – aplikasi ini terdapat di Play Store (Android) dan juga App Store (Apple). Anda juga boleh menonton menerusi komputer dan laptop dengan melayari laman web Astro on the GO [www.astroonthego.com]

Daftar akaun anda terlebih dahulu. Pendaftaran ini adalah PERCUMA. Menerusi aplikasi Astro on the Go, anda di berikan saluran Astro Arena 801 juga secara percuma. Oleh itu, anda boleh menonton 12 perlawanan pilihan tadi menerusi komputer, laptop, telefon pintar dan sebagainya percuma secara online.

Tidak cukup dengan itu, Astro juga memberi peluang untuk anda menonton perlawanan pilihan yang lain secara pay per view dengan bayaran serendah RM6 sahaja anda boleh menonton perlawanan pilihan anda.

TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO 1

Kepada peminat tegar UEFA EURO 2016, anda sudah tentu mahu menonton semua 51 perlawanan kan? Sekiranya anda mahu menonton semua perlawanan, sudah tentu ia menelan kos yang tinggi dengan pay per view. Tetapi kini anda boleh berjimat dengan melanggan pas sukan iaitu Sport Pass – Astro on the GO hanya RM104.95 (termasuk GST) sahaja. Jauh lebih berbaloi kan?

Apa kelebihan Astro on the Go?

Tidak sempat tonton semua 51 perlawanan? Waktu bekerja tidak menentu? Sukar untuk bangun awal pagi untuk menonton? Kini anda tidak perlu bimbang.

TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO 6

Dengan Astro on the Go, ia tidak merugikan anda. Pelanggan Sport Pass Astro on the Go boleh menonton semua 51 perlawanan UEFA EURO 2016 di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Anda boleh tonton perlawanan secara langsung dan ulangan di rumah. Boleh sambung menonton ketika waktu rehat di pejabat dan juga boleh menonton ketika menunggu isteri atau suami membeli belah di pasaraya serta di mana-mana juga!

TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO 5

Tidak cukup dengan itu, bagi melengkapkan diri anda dengan info-info dan berita terkini mengenai UEFA EURO 2016, anda juga boleh memuat turun aplikasi Stadium Astro – aplikasi ini terdapat di Play Store (Android) dan juga App Store (Apple) serta di laman web Stadium Astro [www.stadiumastro.com]

Apa kelebihan Stadium Astro?

Dengan Stadium Astro, segala berita-berita terkini, info pasukan, pemain dan kejohanan serta jadual dan keputusan perlawanan semuanya berada di hujung jari anda.

CalendarGambar atas dari Stadium Astro App)

Stadium Astro Euro 2016 home (1)(Gambar atas dari Stadium Astro App)

Aplikasi Stadium Astro juga membolehkan anda untuk membuat perbandingan seperti statistik dan maklumat pasukan yang bakal berentap seperti Italy vs Germany (gambar bawah).

Teams_comparison(Gambar atas dari Stadium Astro App)

Player comparison(Gambar atas dari Stadium Astro App)

Selain itu, anda boleh juga buat perbandingan pemain kedua negara tersebut contohnya perbandingan dua pemain mereka seperti Andrea Pirlo (Italy) vs Schweinteiger (Germany). Menarik kan?

Lagi menarik, dengan Stadium Astro anda juga boleh melihat sorotan perlawanan dan ulangan setiap jaringan gol dari pelbagai sudut (multi angle highlights) kamera.

Mutil-angle highlights

Ada banyak kamera dan anda boleh pilih salah satu daripadanya untuk menonton dari pelbagai arah. Anda boleh lihat video contoh multi angle highlights (video memaparkan aplikasi demo) sebagaimana dibawah:

Pesanan Untuk Semua Pelanggan Pek Sukan Astro Sedia Ada dan Bukan Pelanggan Astro!

Kepada pelanggan saluran sukan Astro yang sedia ada, anda mestilah hubungkan akaun Astro anda dengan web atau aplikasi Astro on the Go dan Stadium Astro.

Kepada bukan pelanggan Astro, jom download aplikasi Astro on the Go dan Stadium Astro menerusi link yang disediakan. Anda masih boleh menikmati beberapa perlawanan percuma sebagaimana yang ammboi nyatakan di atas. Untuk kelebihan lain, pastikan anda melanggan Sport Pass.

TONTON SEMUA PERLAWANAN UEFA EURO 2016 DENGAN ASTRO ON THE GO DAN STADIUM ASTRO 4

Sekali lagi ammboi tekankan, hanya pelanggan Sport Pass sahaja boleh menikmati kelebihan yang ammboi nyatakan di atas. Pelanggan Sport Pass Astro akan menerima langganan Astro on the Go (AOTG) dan Stadium Astro sepenuhnya. [Nuffnang Sponsored Post]


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.