CAJ TAHUNAN TV DIGITAL MYTV TERLALU MAHAL?

| Jun 17, 2016 | 1 Comment

Sudah agak lama diperingkat percubaan namun nampaknya perkhidmatan Televisyen Digital Daratan (DTT) siaran percuma (FTA), MYTV masih belum beroperasi sepenuhnya.

Menerusi laporan berita hari ini, ramai yang terkeliru dengan caj perkhidmatan yang bakal dikenakan. Sedangkan caj perkhidmatan itu sebenarnya bukan dikenakan kepada pengguna sebaliknya kepada pengendali stesen televisyen tempatan.

CAJ TAHUNAN TV DIGITAL MYTV TERLALU MAHAL

Untuk makluman anda, penyedia perkhidmatan DTT, MYTV Broadcasting Sdn Bhd merancang mengenakan caj siaran digital tahunan sebanyak RM12 juta bagi siaran berdefinisi standard (SD); dan RM25 juta untuk siaran berdefinisi tinggi (HD).

Bagi pengendali stesen televisyen, caj itu disifatkan terlalu tinggi dan membebankan operasi penyiar televisyen percuma. Oleh itu, mereka meminta MYTV Broadcasting Sdn Bhd mengkaji semula cadangan caj tahunan siaran televisyen digital berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV Media Prima (MPTN), Datuk Kamal Khalid, berkata selain Kumpulan Media Prima, rungutan caj terlalu tinggi itu turut diutarakan stesen televisyen lain kepada kerajaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, perbincangan dengan pihak MYTV masih diteruskan dan selagi isu itu tidak diselesaikan, sukar untuk kumpulan memuktamadkan keputusan menggunakan siaran SD atau beralih kepada HD pada masa depan.

“Alhamdulillah pihak MYTV mendengar rungutan kami dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian, termasuk mengkaji semula caj terbabit. Kami berharap mereka akan menawarkan caj yang berpatutan supaya kami dan pengusaha lain dapat menyampaikan kandungan televisyen dengan baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dipetik Berita Harian Online.


Tags: , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Afif Rayyan says:

    Bila nak launch nie??? Dah lama sangat kot

Leave a Reply

Your email address will not be published.