INI PUNCA SEBENAR IPHONE 6 DAN IPHONE 6 PLUS DIGANTUNG JUALAN DI CHINA

| Jun 20, 2016 | 0 Comments

Seperti yang kita sedia maklum, mahkamah China telah mengarahkan pihak Apple untuk mengantung penjualan iPhone 6 dan 6 Plus di negara berkenaan. Ya, ini punca sebenar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus digantung jualan di China!

Menurut sumber info, penggantungan jualan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus itu berikutan halangan undang-undang yang dikemukakan sebuah syarikat di Shenzen berhubung paten.

INI PUNCA SEBENAR IPHONE 6 DAN IPHONE 6 PLUS DIGANTUNG JUALAN DI CHINAShenzen Baili 100C dan iPhone 6

Sebuah tribunal harta intelek berkata, iPhone melanggar paten reka bentuk untuk model 100C yang dihasilkan Shenzhen Baili dan ianya hanya mempunyai ‘perbezaan kecil’ dengan Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

“Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mempunyai perbezaan kecil dari 100C Baili. Perbezaan adalah begitu kecil dan purata pelanggan gagal mengesan perbezaan ini. Oleh itu kes ini diklafikasikan dalam kategori perlindungan hak paten,” kata penguasa Pejabat Harta Intelek Beijing dipetik laporan Sinar Harian.

Arahan ini dikeluarkan pada bulan Mei, namun Apple menerima rayuan penangguhan yang membenarkan jualan produk berkenaan diteruskan. Media China hanya melaporkan mengenai isu ini awal minggu ini.

Menurut sumber itu lagi, untuk sebab yang pelik pengantungan jualan bagaimanapun tidak melibatkan iPhone 6S atau Iphone 6sPlus yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan model yang dihentikan jualan.

Apple mengeluarkan kenyataan berkata, mereka merancang untuk terus menjual model berkenaan sementara merayu untuk keputusan itu. Oleh itu, model Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus serta iPhone 6s, iPhone 6s Plus dan iPhone SE masih boleh didapati untuk jualan di China.

“Kami merayu perintah pentadbiran dari tribunal patern setempat di Beijing bulan lalu dan keputusannya masih ditangguh oleh Mahkamah IP Beijing,” kata Apple dalam satu kenyataan.

Keputusan terbaharu adalah siri rintangan terbaharu bagi gergasi teknologi yang berpangkalan di Cupertino itu. Awal bulan lalu, Apple gagal dalam halangan undang-undang terhadap sebuah syarikat China yang menjual barangan kulit berjenama IPHONE. – Ammboi.Com


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.