PENJELASAN RTM BERHUBUNG ISU KSN UMUM 8 JULAI SEBAGAI CUTI PERISTIWA KHAS

| Jun 27, 2016 | 0 Comments

Baru-baru ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ada menyatakan kerajaan akan mempertimbang permohonan penjawat awam yang mahu supaya tarikh 8 Julai 2016 ini iaitu hari Jumaat yang juga hari ketiga sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.

Jelasnya, permohonan yang disampaikan menerusi Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan.

PENJELASAN RTM BERHUBUNG ISU KSN UMUM 8 JULAI SEBAGAI CUTI PERISTIWA KHAS 1

“Bagaimanapun perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit. Insya-Allah saya akan bawa perkara ini untuk dirundingkan, sebab kerajaan memang tidak pernah ada cuti peristiwa hanya untuk negeri yang kerja pada hari Jumaat,” katanya dipetik sumber berita.

Ramai penjawat awam menantikan perkembangan mengenai cuti peristiwa khas tersebut. Sehinggakan ada pihak tidak bertanggung jawab cuba memanipulasikan berita RTM dengan menyebarkan gambar keratan berita yang boleh menimbulkan salah faham.

Oleh itu, menerusi laman Facebook RTM – Radio Televisyen Malaysia pihak RTM telah tampil beri penjelasan mengenai berita palsu tersebut. Berikut adalah petikan penuh penjelasan dari pihak RTM.

PENJELASAN RTM BERHUBUNG ISU KSN UMUM 8 JULAI SEBAGAI CUTI PERISTIWA KHAS 2

“Berikutan tersebarnya gambar melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp menunjukkan rerayap daripada petikan Berita Nasional di TV1 pada Jumaat, berkaitan Cuti Peristiwa pada 8 Julai 2016, kami ingin menegaskan bahawa itu hanya sebahagian daripada keseluruhan ayat rerayap berkenaan. Ayat penuhnya ialah “KSN PERTIMBANG HARI RAYA KE-3, 8 JULAI, JUMAAT DIISYTIHAR SEBAGAI CUTI PERISTIWA”. Harap maklum.”


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.