TUGAS SAYA UNTUK LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG

| Jun 28, 2016 | 6 Comments

Semua orang sayangkan keluarganya. Sudah tentu mereka akan lakukan yang terbaik untuk menjaga dan melindungi keluarga mereka. Sama seperti saya. Saya akan berusaha untuk berikan yang terbaik dalam kemampuan saya buat mereka.

Sebab itulah, setiap kali saya sematkan dalam diri, “Adalah menjadi tugas saya untuk lindungi diri dan keluarga tersayang.”

TUGAS SAYA UNTUK LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG

Kalau hari hujan, selalunya saya pasti akan mengelakkan isteri dan anak-anak daripada terkena hujan. Saya yang akan meredah hujan untuk mengambil kereta dan bawa ke tempat yang sesuai untuk mengambil isteri dan anak-anak.

Sebagai lelaki dan bapa, kita sudah tentu senantiasa bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Saya selalunya akan demam kalau terkena hujan. Tapi itu adalah tugas saya untuk melindungi isteri dan anak-anak serta keluarga saya.

Kepada bapa dan ibu saya pula, saya akan berusaha untuk meringankan beban mereka semampu yang boleh. Memandangkan pendapatan yang kecil dan kos sara hidup yang tinggi di bandar, kadangkala saya berasa seperti gagal untuk menjaga mereka dengan baik.

Oleh itu, dengan simpanan dan sedikit tabungan hasil dari blog, saya nekad untuk membina dua unit rumah untuk di sewakan. Pelaburan itu adalah untuk jangka panjang.

Sekurang-kurangnya ada duit hasil dari sewaan itu boleh meringankan beban orang tua saya. Hajat saya itu hampir tercapai dan kini rumah berkenaan hampir siap. Namun ia masih memerlukan sedikit lagi pengorbanan. Tapi itu adalah tugas saya untuk melindungi isteri dan anak-anak serta keluarga saya.

Namun begitu, menempuh arus kehidupan pastinya pelbagai dugaan dan pancaroba yang tidak dijangka bakal kita lalui. Persediaan untuk hari tersebut amatlah penting bagi memastikan perjalanan kehidupan kita sekeluarga dapat diteruskan dengan sebaiknya.

Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kan? Saya pun tak boleh menjangkakan saya akan sihat selamanya. Adakah saya masih mampu melindungi keluarga saya pada masa akan datang?

Oleh itu, saya mula sedar akan kepentingan insurans. Ada banyak syarikat insurans ada di negara kita. Bagaimanapun, ramai yang belum sedar mengenai kepentingan insurans. Pada mereka insurans hanya menjadi penting apabila diri dilanda musibah.

Pengambilan insurans adalah penting walaupun kita terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu memandangkan kos perubatan yang semakin meningkat. Jika tiada insurans, untuk mendapatkan rawatan khas di hospital kerajaan, perlu menunggu masa lama.

Jika ada insurans, ia memudahkan untuk dapat rawatan segera di hospital swasta. Insurans juga memudahkan untuk memilih mana-mana pakar untuk rawatan. Bagaimanapun tidak dinafikan, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik bagi penyakit kritikal. Cuma seperti yang ammboi sebutkan tadi, ia mungkin mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan rawatan.

Banyak lagi kepentingan insurans yang belum saya sebutkan selain daripada untuk menampung kos perubatan. Antaranya, insurans boleh melindungi pendapatan keluarga, perlindungan kewangan ketika hilang upaya dan menjamin masa depan anak-anak.

Dalam pada itu, insurans ini juga ibarat suatu tabung persaraan untuk kita masa hari tua. Semua orang yang bekerja semestinya mengharapkan persaraan yang membahagiakan. Pada saya, insurans adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

Oleh itu, saya makin sedar dengan kepentingan insurans. Ini kerana, hari ini insurans bukan lagi kehendak tetapi adalah keperluan. Tetapi, seperti yang kita maklum, kadar dan harga insurans memainkan peranan penting untuk tidak membebankan pemilik polisi.

Tidak salah rasanya kalau hari ini saya perkenalkan kepada anda Zurich FlexiLife Plus. Zurich FlexiLife Plus menawarkan perlindungan hayat yang fleksibel yang memberi ganjaran bonus kesetiaan serta didatangkan dengan pilihan insurans yang terjamin.

Pelbagai lagi perkara menarik mengenainya yang boleh anda ketahui dengan menekan pautan link Zurich Insurance – Zurich FlexiLife Plus yang saya sediakan. Saya pun sedang meneliti info-info lanjut mengenai Zurich FlexiLife Plus. Setakat ini, saya berpendapat ia adalah pilihan yang terbaik.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk LIKE Facebook Zurich Insurance Malaysia dan tonton video menarik dibawah:

Sebelum mengakhiri post ini, saya nak kongsikan satu peluang menarik untuk anda untuk dapatkan ganjaran daripada Zurich. Betul! 18 orang pemenang bakal memenangi hadiah seperti baucer percutian bernilai RM4,000, iPhone 6s, Samsung Galaxy S7 Edge dan banyak lagi.

Tak salah kalau cuba kan?

SYARAT PENYERTAAN YANG CUKUP MUDAH!!!

TUGAS SAYA DAN ZURICH INSURANCE UNTUK LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG

  1. Anda mestilah kunjungi dan ‘LIKE’ Zurich Malaysia’s Facebook Page di https://www.facebook.com/ZurichInsuranceMalaysia/.
  2. Kemudian, anda mestilah klik dan masuk ke ‘Zurich #JourneyToWellness’ game tab.
  3. Pada aplikasi ‘Zurich #JourneyToWellness’, anda disarankan untuk lihat tutorial cara untuk bermain game ini sebelum bermula.
  4. Dengan melibatkan diri dengan watak-watak permainan, Bell dan Mr. Potts, peserta boleh menggerakkan watak melalui kursor tetikus (desktop) atau dengan menyentuh skrin telefon (mobile) untuk mengumpul mata.
  5. Untuk mengumpul mata, peserta perlu untuk mengumpul seberapa banyak syiling emas dan melindungi Bell & Mr. Pots dari titisan hujan yang jatuh dari langit. Untuk mengelakkan apa-apa potongan mata, peserta dikehendaki mengelak daun yang jatuh dan mengelakkan syiling emas dan titisan hujan daripada sampai ke tanah.
  6. Peserta diberi sejumlah 3 minit untuk mengumpul mata sebanyak mungkin.
  7. Selepas tamat permainan, peserta dapat menggandakan mata terkumpul mereka dengan berkongsi permainan ‘Zurich #JourneyToWellness’ pada platform sosial mereka. Peserta adalah terhad kepada sekali ‘SHARE’ setiap hari.
  8. Peserta kemudiannya mampu untuk melengkapkan penyertaan mereka dengan klik pada butang ‘HANTAR atau SEND’ untuk melengkapkan permainan.
  9. Peserta juga dikehendaki mendaftar butiran berikut mereka: Nama Penuh (seperti dalam KP); Nombor IC; Alamat emel; No. Telefon; dan Alamat Surat Menyurat.
  10. Setelah butiran pendaftaran selesai, peserta kemudiannya perlu klik pada kotak yang membolehkan Zurich Insurance Malaysia untuk menghubungi peserta yang berkaitan dengan urusan Zurich Insurance sahaja.
  11. By klik ‘Save’, jumlah skor akhir akan dikemukakan. Peserta dibenarkan untuk memainkan permainan seberapa banyak kali untuk mencapai skor tertinggi.
  12. Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya berhak untuk membuang mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan permainan ‘Zurich #JourneyToWellness’.
  13. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan skor teratas 18 sepanjang tempoh peraduan akan dipilih sebagai pemenang peraduan.

TUGAS SAYA DAN ZURICH INSURANCE UNTUK LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG 2

Peraduannya mudah sahaja! Kalau anda malas membaca dan mengabaikan syarat di atas, anda mungkin akan menyesalinya. Ammboi doakan semoga anda menjadi pemenang yang bertuah dan berjaya memenangi hadiah-hadiah menarik diatas.

Oh ya, kalau info ini memberi manfaat dan kebaikan kepada anda dan keluarga, sudi-sudikanlah SHARE dan LIKE post ini untuk makluman bersama. – [Nuffnang Sponsored Post]


Tags: , , , , , , ,

Category: ADVERTORIAL, INFO KELUARGA DAN KESIHATAN

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. insuran memang wajib ambik..

  2. zaman sekarang ni kan, insurans di anggap sebagai 1 keperluan. lihat sahaja pada kos perubatan yang semakin mahal. dengan adanya insurans, ianya akan menjadi mudah.

    http://www.ceritaejoy.com

  3. Polly says:

    I know… Als ik die vehiÃgieidsbarrli¨re echter verwijder, hangt het hier in no-time vol met Poolse hoeren en Viagra. Al 'ns geprobeerd. Ik zeg: zet je er overheen en plaats die 38 opmerkingen alsnog. We kijken er naar uit!Over Henk van Nazareth gesproken: die hing bij thuiskomst in mijn brievenbus. Zal 'em eens een zwieperd (zwiepert?) geven eerdaags! 😉

  4. http://www./ says:

    Betty447June 6, 2012 Overall: Here’s the skinny on my GreenSmoke experience. Battery lasted all day (the long one) which was perfect for work. The shorter battery only made it about 6 hours. I ordered a 3 pack of extra batteries ($69 – pretty reasonable) to have in addition to the 3 that came in my starter kit. Now I always have plenty of them on hand. Overall, I’m really happy with GreenSmoke and tell all my friends to try it. No complaints!

  5. kesinlikle olmuÅŸ…görüntüsünden belli…Yazı çok cezbediyor harbiden, hani Bursa’da olmam sebebi ile akÅŸam giderim patlatırım bir iskender geçer sancım diyemiyorum. DediÄŸin gibi Ankara’da döner yiyenler heryerde bu zevke kolay kolay varamıyor.Bursa’da bile VA:F [1.9.22_1171]please wait…VA:F [1.9.22_1171](from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published.