CUTI PERISTIWA 8 JULAI 2016 PENJAWAT AWAM DILULUSKAN – KSN

| 30/06/2016 | 1 Comment

Cuti peristiwa 8 Julai 2016 penjawat awam diluluskan! Alhamdulillah, sudah tentu ia satu berita yang menggembirakan buat semua penjawat awam. Ramai yang tidak sabar dan tertanya-tanya mengenai cuti peristiwa khas kepada mereka pada 8 Julai 2016 ini.

Memetik sumber Facebook Bernama – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah mengumumkan kerajaan setuju beri pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Aidilfitri pada 6 Julai 2016.

CUTI PERISTIWA 8 JULAI 2016 PENJAWAT AWAM DILULUSKAN - KSN 2

Bagaimanapun, jelas beliau lagi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 5 Julai 2016.

CUTI PERISTIWA 8 JULAI 2016 PENJAWAT AWAM DILULUSKAN - KSN

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas itu digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian Online.

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA
8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016.

Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.

Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.

Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.

( TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA )
Ketua Setiausaha Negara
30 Jun 2016


Tags: , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    Bagaimana dengan penjawat sektor swasta? Sepatutnya pengumuman mesti diambil kira untuk dua dua pihak,sektor awam Dan swasta

    Pekerja sektor swasta penyumbang besar kepada ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.