RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN – TEMPAHAN ONLINE KINI LEBIH MUDAH

| 30/06/2016 | 38 Comments

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.

Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut.

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN PENJAWAT AWAM

Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

Masa pendaftaran masuk dan keluar (tetamu) adalah seperti berikut:

Pendaftaran Masuk:-

2.00 – 5.00 petang (Isnin – Khamis)
2.45 – 5.00 petang (Jumaat)
2.00 – 5.00 petang (Sabtu – Ahad)

Pendaftaran Keluar:-

12.00 tengah hari (Isnin – Ahad)

** Kunci boleh dimasukkan ke dalam Peti yang telah disediakan.

Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kini lebih mudah dengan adanya SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah.

Dalam post ini ammboi akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online menerusi SBBPH.

1 – Sila kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar untuk menggunakan sistem tempahan online ini. Pendaftaran mudah dan senang sahaja apabila selesai, satu email pengesahan yang mengandungi kata laluan (password) sementara akan dihantar kepada anda.

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN ONLINE

2 – Kemudian barulah anda boleh LOGIN ke laman SBBPH dengan menggunakan myID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti dibawah akan muncul.

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN - TEMPAHAN ONLINE KINI LEBIH MUDAH

3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya LOGIN. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.

CARA TEMPAH RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan iaitu:

  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Bukit Fraser
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Cameron Highlands
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Morib
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Port Dickson
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Pinang
  • Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Tasik Kenyir

5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda akan dikehendaki memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN LANGKAWI

6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman anda, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).

TARIKH TEMPAHAN DIBUKA RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan online Rumah Persekutuan ini hanya dibuka 3 kali setahun berdasarkan jadual diatas. Semoga info yang ammboi kongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (38)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Zainudin Awang says:

    Amat berminat

  2. Zainudin Awang says:

    Berminat

  3. ahmad says:

    LELAKI INI BERKONGSI CARA DAPATKAN HOTEL LAST MINIT DENGAN HARGA MURAH
    Pagi ini saya terbaca tulisan ini di website Oh Media.
    Dan saya mencubanya dan rasa berbaloi!
    Selepas download tempoh hari, saya baru guna hari ini.
    Memang murah!
    Saya dapat harga hotel Tune Hotels di KB dgn harga hanya RM62, sedang harga paling murah di Trivago pun RM100 lebih.
    Utk penggunaan seterusnya, saya boleh dpt free!
    Jadi saya kongsikan kembali utk panduan rakan-rakan FB saya 🙂

    Berikut tulisan penuh dari website tersebut:-
    Ketika bercuti, aspek penginapan antara perkara pertama yang difikirkan. Kini, Online Travel Agency (OTA) atau Hotel Booking Online (HBO) seperti Booking.com dan Agoda selalu jadi pilihan untuk membuat tempahan hotel.
    Hakikatnya, bukan dua OTA itu sahaja yang anda boleh guna. Seorang pelayar Facebook, Mohd Atif yang gemar melancong berkongsi rahsia bagaimana dia kerap mendapat bilik penginapan hotel pada kadar yang murah. Bilik percuma untuk hotel 5 bintang pun ada. Jom kita baca perkongsian daripada beliau.
    Apps ‘Hotel Quickly’ Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah
    Sejak mengembara ke beberapa tempat selama beberapa tahun yang lalu, saya dikenalkan dengan satu aplikasi bernama ‘Hotel Quickly’ oleh seorang teman rapat. Dari situlah
    permulaan saya sebagai ‘hotel reviewer.’
    Banyak penginapan saya book melalui aplikasi tersebut dan harga yang saya dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, saya cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala lumpur. Saya juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. Saya ada bukti menunjukkan foto-foto hotel yang saya dapat pada harga tersebut.
    Bagi saya, berapa bintang tak kisah yang penting harga murah, hotel bersih dan selesa. Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? Anda ikut langkah-langkah di bawah:
    1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store. Boleh juga klik link http://bit.ly/2bFaeQj
    2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.
    3. Selepas berjaya daftar, klik ikon ‘TIGA LINE BERINGKAT’ pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.
    4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.
    5. Masukkan kod promosi “AHAILME” dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.
    6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.
    7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40.
    8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.
    Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.
    Camana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?
    Untuk dapat seperti saya pernah dapat satu bilik hotel 4
    bintang pada RM5 itu, kena buat kerja sikit. Tapi mudah sahaja iaitu dengan sistem point collection.
    Share KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.
    Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.
    Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!
    Peringatan!
    Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Itu fasal boleh dapat harga yang ‘menggila murah’ seperti itu. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?
    Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat “Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj.” jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.
    Mudah kan?
    Kredit: Afyan dan Mohamad Atif

  4. sam says:

    susahlah nak reply….asyik penuh je….ada cara x…
    0189131472

  5. Azhan says:

    bagus dah boleh book online.. tp mmg asyik penuh je. huhu

  6. noraini mat yazid says:

    Sy ada apply tuk perumahan ni dan telah membuat bayarn secara online tp status masih blm bayar dh 48jam cmne ya

    • Admin says:

      Assalamualaikum Noraini,

      Dah selesai ke urusan tu? Maaf lambat reply.

      No. Hotline BPH: 03-88800522 Dari Isnin – Jumaat Jam 8.00 a.m – 5.00 p.m

      • ABDULLAH SANI BIN IDRIS says:

        saya ingin mendapat keterangan lanjut no hubungi saya 0174501750 abdullah sani

        • aishah says:

          salam encik..
          macam mana kita nak dapatkan balik bayaran deposit? sy byar guna online banking..maybank 2U

  7. saya pun tak berpeluang lagi nak guna kemudahan rumah peranginan kerajaan.. selalu fully booked

  8. Aiza says:

    Assalamualaikum..nak tanya, adik saya keje gov. Kalo saya menginap guna ID dia, blh ke? Atau beliau perlu turut serta semasa nk menginap nanti? Tq

    • Anonymous says:

      tak silap perlu ada org yg membuat tempahan.

    • Admin says:

      Assalamualaikum Aiza,

      Berdasarkan kepada yang saya pernah lalui, orang yang menempah tu mesti ada bersama. Ketika nak checkin tu mereka akan minta IC asal untuk tujuan semakan.

  9. Anonymous says:

    Saya ada try isi pendaftaran baru..tp siatem kata semakan no my kad tidak berjaya..mcm mana tu..

  10. Ong HY says:

    Tuan / Puan

    Jabatan Rumah Peraniginan Persekutuan,

    Sila tolong saya mengubah Telephone hubungan di website ” Rumah Peraniginan Persekutuan – Pulau Pinaning” ke lain numbor yang betul, sebab sekerang web site ini pakai saya nombor ia -lah”012-3388678″ sebab saya tiap tiap hari leih kurang 10 telephone ganggu saya tanya dan saya ingin pihak tolong saya ,

    Atau ambil ini numbor keluar dari web site ini,

    Sekian terima kasih

    ONG HY
    012-3388678
    email: ohy333@gamil.com

  11. LOW YEN YEW says:

    Selamat pagi,saya nak tanya,saya telah menginap di rumah perangianan persekutuan eksekutif Pulau Pinang pada bulan Oktober,mengapa sampai sekarang pun belum pulangkan deposit saya.Terima kasih

  12. RAZIYANTI MOHD YUSOF says:

    saya puan yan dari klinik kesihatan merlimau.kami bercadang ingin mengadakan family day untuk staff di port dickson pada 15.4.2017-16.4.2017.bagaimana nak berdaftar jika Berkelompok dan berkumpulan .daftar melalui BPH juga atau terus ke Puteri Beach Resort?

  13. Anonymous says:

    Assalamua’laikum… Apasal saya tak dapat nak tukar kata laluan??

  14. noorbain binti haji haron says:

    jika booking dan pembayaran dah dibuat, tiba2 tak jadi bercuti macamana nak batal booking dan nak dapatkan balik duit tempahan tu

  15. penjawat awam says:

    assalam, agak2 dpt tak nk tempah utk program lawatan sekolah? sian budak2 dari kampung kebanyakan xpenah tgk dunia luar, tahun ni nk bagi kenal ada dunia lain selain kampung mereka..

  16. Anonymous says:

    dah cuba berulang kali..bila check kekosongan ada..tapi bila dah klik atau pilih tarikh daftar masuk n keluar tu, katanya kena tempah 7 hari sebelum menginap.
    stress betul..padahal tarikh dah byk yang full.
    x faham sistem

    • Anonymous says:

      betul saya juga terkena macam tu. yang peliknya ada yang berjaya book 2 bulan sebelum. macamana tu?

  17. Linda says:

    It’s an awesome post designed foor all the online people; tҺey wiⅼl оbtain benefit
    fгom it I am sure.

  18. Shakila says:

    Cm na saya.nk booking utk langkawi November. Date yv available

  19. Anonymous says:

    Maaf nak tanya, kalau untuk keluarga pesara boleh ke (pesara sudah meninggal).

    Terima kasih

  20. Idayu says:

    Kalau check in je blh ke?sbb kadang xrancang pon percutian…

  21. raman bin nusi says:

    salam.dah buat pembatalan di tasik kenyir utk temoahan pada 31 /8/17 hingga 1/9/17.macam mana nak dapat semula deposit .saya dah bayar rm 200.00.lain kali boleh tak tukar tarikh,,,,sebab tarikh tempahan tu saya ada hal yang lebih penting.

  22. What’s up,I log on to your blog named “RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN – TEMPAHAN ONLINE KINI LEBIH MUDAH – AMMBOI DOT COM : AMMBOI DOT COM” daily.Your story-telling style is awesome, keep it up! And you can look our website about تحميل افلام.

Leave a Reply

Your email address will not be published.