HARGA PERODUA BEZZA BERMULA RM30,300

| 17/07/2016 | 3 Comments

Harga Perodua Bezza sangat berbaloi! Pelancaran Perodua Bezza bakal diadakan pada 21 Julai 2016 ini. Namun begitu, tempahan Perodua Bezza kini sudah boleh dilakukan.

Anda boleh dapatkan maklumat untuk tempahan model kereta sedan sulung keluaran Perodua itu di mana-mana cawangan atau agen terdekat.

HARGA PERODUA BEZZA BERMULA RM30,300

Untuk makluman anda, Perodua Bezza bakal dijual pada harga antara RM37,300 hingga RM50,800. Perodua Bezza akan didatangkan dalam lima varian, iaitu;

  1. Standard 1.0L Manual (RM37,300)
  2. Standard 1.0L Automatik (RM39,300)
  3. Premium X 1.3L Manual (RM42,800)
  4. Premium 1.3L  Automatik (RM44,800)
  5. Advance 1.3L Automatik (RM50,800)

Memetik laporan BH Online, Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Bezza disasarkan untuk mereka yang berhasrat untuk menukar kereta, terutama pasangan yang baharu berkahwin dan muda.

HARGA PERODUA BEZZA

“Berdasarkan harga mampu milik dengan kualiti global, kami yakin sedan baharu ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli,” katanya dipetik sumber berkenaan.

PELANCARAN PERODUA BEZZA

Pada ammboi, harga yang ditawarkan untuk memiliki sedan Perodua Bezza adalah sangat munasabah dan berbaloi. Mungkin ia adalah pilihan terbaik untuk penjimatan.


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, KERETA

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Afif Rayyan says:

    Masih mahal lagi tu.. cuba trunkan harga sikit lagi..

  2. Ery Nasir says:

    kereta dah cantik. cuma perodua dah femes dengan design macam myvi or alza tu. susah sikit kot nak convert jadi design cam ni.

    http://katering-malaysia.blogspot.com

  3. Liza says:

    Berapa gaji minimum kalau nak full Loan bezza premium auto 1.3 tanpa d/p? Ada rebate tak untuk bulan ogos ke september?

Leave a Reply

Your email address will not be published.