TMJ ADA BUKTI SALAH LAKU DALAM FAM?

| 19/07/2016 | 0 Comments

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian.

“Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM.

tmj ada bukti salah laku dalam fam bangsat

“Ia mengenai ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bola sepak tanah air melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan dalam Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika mengulas kritikan dilemparkan pelbagai pihak mengenai persaraan empat pemain JDT daripada mewakili skuad kebangsaan. Mereka ialah kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abdul Radzak selain S Kunanlan serta Amirul Hadi Zainal.

“Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka?

“Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja.

tmj ada bukti salah laku dalam fam

“Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya dipetik laporan Berita Harian Online.


Tags: , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.