HUAWEI GUGAT PENGUASAAN APPLE DAN SAMSUNG

| Jul 28, 2016 | 0 Comments

Sebelum ini pengeluar telefon dari Finland, Nokia adalah gergasi utama yang menguasai pasaran telefon bimbit dunia. Kemudian, Nokia ibarat hanyut di tengah lautan tanpa arah tuju apabila munculnya Apple Inc dan Samsung Electronics Co.

Sejak dari itu, Apple dan Samsung menguasai pasaran telefon pintar. Bagaimanapun persaingan antara dua pengeluar utama dunia itu nampaknya hampir tamat. Kini kedudukan mereka semakin terancam dengan peningkatan mendadak pengeluar telefon dari China. Salah satunya adalah Huawei.

HUAWEI GUGAT PENGUASAAN APPLE DAN SAMSUNG

Huawei kini pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia!

Berdasarkan kepada sumber Kantar Worldpanel, di Amerika Syarikat, Samsung menguasai 37 peratus daripada pasaran telefon pintar yang dijual dari bulan Mac hingga Mei dan Apple pula 29 peratus. Selebihnya semakin dikuasai oleh beberapa pengeluar dari Asia termasuklah Huawei.

HUAWEI GUGAT PENGUASAAN APPLE DAN SAMSUNG 2

Manakala di China, Samsung hanya menguasai 9 peratus daripada jualan dan Apple mempunyai hampir 20 peratus. Sedangkan pengeluar tempatan, Huawei mengalahkan Samsung dan Apple dengan meraih hampir 26 peratus daripada pasaran.

Di peringkat dunia pula, menurut WSJ, Huawei kini menguasai 8.3 peratus daripada jualan telefon pintar iaitu ketiga terbesar dunia di belakang Samsung (23 peratus) dan Apple (15 peratus). Ia merupakan peningkatan ketara kerana hanya mencatatkan 5.4 peratus dalam tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya.

Memetik sumber WSJ lagi, Huawei juga telah menyaman Samsung dan turut menuntut pampasan dari syarikat elektronik Korea Selatan itu kerana pelanggaran 11 paten yang berkaitan dengan telefon pintar dan rangkaian selular. Huawei mendakwa bahawa Samsung telah menggunakan teknologi dari mereka pada produk perdananya sejak lima tahun lalu dan memperoleh keuntungan berbilion-bilion dolar.

Kenapa semakin ramai pengguna beralih kepada Huawei?

Salah satunya yang ammboi boleh sebutkan dalam post ini adalah Huawei telah berjaya menarik perhatian pengguna dari segi rekabentuk dan juga harga yang munasabah. Tambahan pula dengan munculnya model terbaru mereka Huawei P9.

HUAWEI GUGAT PENGUASAAN APPLE DAN SAMSUNG 3

Buat pengetahuan anda, Huawei P9 sarat dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik. Pastinya yang menjadi topik utama adalah kehebatan fungsi dual-lens hasil kerjasama Huawei dengan Leica. Dengan dua sensor pastinya fotografi menggunakan Huawei P9 jadi sangat menakjubkan!

Tidak hairanlah dengan pengenalan Huawei P9, Huawei nampaknya lebih serius mahu berikan saingat sengit untuk menguasai pasaran utama dunia dalam segmen telefon pintar.

Banyak lagi ciri-ciri menarik dan fungsi hebat pada Huawei P9 antaranya mengenai Leica, kamera yang mengatasi kehebatan iPhone dan banyak lagi. Ianya akan ammboi bincang lanjut dalam post seterusnya. Harap bersabar! [Sumber Gambar: Huawei Website][Nuffnang Sponsored Post]


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.