PENULIS ASTRO ARENA DI KRITIK GARA-GARA PENULISAN BERAT SEBELAH SOKONG JDT

| 01/08/2016 | 0 Comments

Alamak, pasukan tu baru jer kalah besar sekali. Kena jadi bahan gelak dan lawak bagai pun sekali. Tapi dia punya ungkit tu macam mengalahkan budak sekolah. Kalau pasukan lain jadi bahan boleh pula anggap sebagai gurauan.

Ni siap dengan semboyan bagai dan boleh pula ungkit pasal kedudukan Liga Super sedangkan isunya saingan dalam Piala Malaysia kerana Johor Darul Takzim (JDT) kalah kepada Perak dalam saingan berkenaan.

PENULIS ASTRO ARENA DI KRITIK GARA-GARA PENULISAN BERAT SEBELAH SOKONG JDT

Ampun Tuanku. Saya begitu tertarik dengan peningkatan JDT. Saya juga kagumi kepimpinan Tuanku dalam usaha membangunkan imej bolasepak JDT.

Namun penulisan dari penulis Astro Arena ini bukan pembakar semangat tetapi perosak dalam arena sukan negara. Sebagai orang media, mereka tidak wajar bertindak untuk memanaskan keadaan walaupun dengan niat untuk ‘memeriahkan’ suasana.

Lagi satu, penulisan dari beliau langsung tidak masuk akal. Setiap kejohanan pastinya ada pemenang dan pihak yang kalah. Seperti saingan Liga Super, pasukan yang berasa sudah gagal untuk merampas kedudukan teratas pastinya akan berusaha untuk beri saingan dalam Piala Malaysia atau Piala FA.

Bagi pasukan yang sedang berada dalam kedudukan baik Liga Super, sudah tentu mereka akan berusaha untuk mempertahankan kedudukan mereka dan kurang fokus pada saingan lain.

Paling tersentuh apabila di ungkitnya pula isu kebajikan pemain. Takkanlah disebabkan pasukan itu berada dikedudukan bawah maka ia berpunca daripada kebajikan pemain. Ya, mungkin ada tapi isu itu bukanlah sebab utama dan mungkin hanyalah kebetulan.

Contoh terdekat, tengok sahaja BPL, adakah semua 20 pasukan sedang bersaing untuk merebut kejuaraan liga pada pertengahan musim? Adakah mata antara pendahulu dengan pasukan di tengah atau terbawah hampir sama?

Ayoyo! Semua liga macam tu lah!

Berikut adalah petikan daripada penulis tersebut.

Semboyan telah dibunyikan dan perang psikologi telah bermula dimana pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail (TMJ) telah menyusun strategi dengan baik serta terancang ketika perebutan tahkta Liga Super tertumpu kepada dua pasukan sahaja iaitu JDT dan Felda United.

Kita lihat sahaja bagaimana kedua-dua jurulatih pasukan ini memainkan peranan begitu baik sekali. Mengunakan sepenuhnya pemain mengikut keperluan perlawanan. Sistem giliran pemain yang dipratikkan sungguh memberikan kelebihan kepada mereka.

Lihat sahaja pasukan-pasukan lain yang hanya memberikan alasan apabila pasukan mereka tidak mampu memberi saingan ketika mengejar kedudukan liga.

Apakah hanya dua pasukan ini yang bermain dalam saingan Liga Super. Dimana pasukan-pasukan yang boleh dikatakan mempunyai pemain-pemain berbakat dan berkualiti. Kenapa ini boleh berlaku?

Adakah disebabkan sikap pemain sendiri atau majikan yang tidak mengambil berat tentang kebajikan pemain itu yang menyebabkan mendorong kepada kemerosotan persembahan mereka.

Itu yang perlu diperhalusi kerana dua kelab yang menduduki tangga teratas Liga Super ini adalah merupakan kelab- kelab yang mampu memberi kepuasan kepada pemain terutama dalam soal kebajikan.

Sebab itu kita perhatikan sekarang hanya JDT vs Felda United sahaja dalam perebutan juara liga. – Hasnizam Uzir

Bab pasukan lain beri alasan apabila pasukan mereka tidak mampu memberi saingan ketika mengejar kedudukan liga tidak pula ditujukan kepada pasukan yang beri alasan bila gagal beraksi cemerlang dalam saingan piala. Lebih kurang sama juga kan?

Memang dasyat betul penulisan beliau. Memang ia sekadar pendapat peribadi, tetapi pendapat yang secara langsung boleh kita katakan sebagai berat sebelah.

Ada masanya kita di atas. Ada masa pula kita di bawah. Ibarat roda yang berpusing. Jatuh, bangun, berlari, rebah dan sebagainya adalah adat permainan.

Kepada pasukan yang berjaya menyediakan kebajikan terbaik kepada pemain, tahniah ammboi ucapkan. Ianya memang terbaik dan demi kemajuan sukan bola sepak negara.

PENULIS ASTRO ARENA DI KRITIK GARA-GARA PENULISAN BERAT SEBELAH SOKONG JDT 2

Apapun, bersedialah untuk sentiasa menyuntik dana.

Sekian, terima kasih.


Tags: , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.