HUAWEI P9 : KAMERA TELEFON PINTAR TERBAIK DENGAN DWI LENSA LEICA

| Aug 5, 2016 | 1 Comment

Perkara yang jadi keutamaan apabila membeli telefon pintar pada masa kini antaranya adalah spesifikasi dan keupayaan telefon tersebut. Namun begitu, sokongan kamera yang berkualiti juga menjadi antara kriteria utama.

Bukan apa, telefon pintar dengan kamera berkualiti senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan kita sudah tidak perlu lagi membawa kamera DSLR yang besar gedabak itu untuk merakam gambar dan sebagainya.

HUAWEI P9 KAMERA TELEFON PINTAR TERBAIK DENGAN DWI LENSA LEICA

Sudah tentu ramai yang berpendapat telefon pintar berjenama terkenal seperti model Apple iPhone 6s dan Samsung S7 adalah pilihan terbaik jika mahukan telefon dengan kamera berkualiti tinggi. Tetapi mereka lupa, Huawei antara pencabar yang kini sedang menggugat kedudukan dua jenama berkenaan.

Menyedari kamera telefon pintar berkualiti tinggi kini menjadi salah satu keutamaan pembeli, Huawei telah membuat kejutan dengan memperkenalkan Huawei P9 yang bukan sahaja menampilkan rekaan yang sangat menarik dengan rasa premium tetapi turut tampil dengan dua buah lensa kamera.

HUAWEI P9 LEICA DUAL LENSE

Dengan dua lensa kamera, Huawei P9 kini adalah peneraju untuk kategori telefon pintar yang memiliki teknologi penggambaran yang berkualiti tinggi. Apatah lagi mereka bekerjasama dengan pembuat lensa kamera popular iaitu Leica untuk memastikan pengalaman penggambaran terbaik kepada pemiliknya.

Selain daripada keupayaan dan kehebatan dua lensa kameranya, Huawei P9 turut dilengkapi dengan teknologi fokus yang jauh lebih pantas daripada pesaingnya dan menghasilkan gambar dengan lebih teliti.

HUAWEI P9 LEICA

Memetik sumber Mashable, mereka mengatakan Huawei P9 “mengambil gambar yang lebih baik daripada mana-mana telefon pintar yang lain di luar sana.” 

Banyak lagi yang ammboi nak ceritakan mengenai Huawei P9 dan kerjasamanya dengan Leica. Nantikan ia dalam post yang seterusnya yer. Terima kasih! [Sumber gambar: Huawei | Nuffnang Sponsored Post]


Tags: , , , , , ,

Category: ADVERTORIAL, TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.