10 PETUA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK KERETA DENGAN BETUL

| 01/09/2016 | 1 Comment

Sekiranya anda sayangkan kereta yang dibeli dengan harga puluhan ribu malah cecah ratusan ribu ringgit, anda wajib baca info dan petua mengenai penjagaannya dengan membaca habis artikel ini dibawah.

Kali ini ammboi nak berkongsi info mengenai penjagaan kereta yang menggunakan gear automatik. Yalah, sekarang majoriti menggunakan kereta auto dek kerana kesesakan lalulintas dan sebagainya.

10 PETUA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK KERETA DENGAN BETUL

Namun tahukah anda, kereta dengan gear auto sememangnya mudah digunakan, tetapi penjagaannya juga sering diambil mudah oleh ramai pemiliknya.

Jadi, jika anda salah seorang daripadanya maka anda wajib baca info dibawah yang ammboi petik dari blog ini sampai habis dan jangan lupa amalkannya untuk kebaikan gear automatik kereta anda.

PETUA PERTAMA

Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

PETUA KEDUA

Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Elak guna barang tiruan…

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)

PETUA KETIGA

Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja.

Jangan tukar gear P jika berhenti di lampu isyarat…

Jangan di “P”, ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.

BACA JUGA : JANGAN TUKAR GEAR P DI TRAFFIC LIGHT

PETUA KEEMPAT

Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step “2” atau step kedua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”.

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.

Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”.

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

PETUA KELIMA

Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

PETUA KEENAM

Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)

PETUA KETUJUH

Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

PETUA KELAPAN

Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

PETUA KESEMBILAN

Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

PETUA KESEPULUH

Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.


Tags: , , , ,

Category: KERETA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. I do not even understand how I stopped up here, however I believed this
    post was good. I do not recognize who you are however definitely you’re going to a well-known blogger if you
    happen to aren’t already. Cheers!

Leave a Reply

Your email address will not be published.