5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM UPDATE KE IOS10

| Sep 13, 2016 | 1 Comment

Sebagaimana yang peminat peranti jenama Apple tahu, kemaskini untuk iOS10 akan dilepaskan pada malam ini. Jika tiada halangan, anda sudah boleh kemaskini pada petang esok (waktu Malaysia).

Bagaimanapun, sebelum anda update iOS 10 untuk iphone dan ipad anda, apa yang anda perlu tahu ? Apakah persediaan sebelum update iOS baru ini?

image

iOS 10 akan keluar secara official 13 September 2016, waktu Malaysia jam 1 pagi esok iaitu hari rabu . Jadi disini anda perlu tahu berberapa perkara sebelum anda boleh membuat update iOS 10 terbaru dari apple .

Jika anda mempunyai JAILBREAK DEVICE dan anda sayang akan tweks-tweaks dalam iPhone iPad tu sila ABAIKAN post pasal cara update iOS 10 ni.

1. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI iPHONE iPAD YANG SERASI

iOS 10 nanti akan banyak ciri-ciri baru yang akan apple perkenalkan kepada penggunanya , hanya dengan update device sahaja, anda akan dapat rasa pengalaman menggunakan iOS 10 ni. Seperti biasa apple akan menghadkan sesuatu device kerana pretasi sesuatu device berbeza dengan device baru yang apple keluar kan setiap tahun . Dalam kes ni hanya beberapa device yang tidak boleh update iOS 10 antaranya iPhone4/4s dan untuk iPad 2/3 iPad mini 1 sahaja yang tidak boleh update iOS 10 ni (maaf), selain daripada tu anda layak untuk rasa pengalaman iOS 10 ni.

Senarai device yang layak untuk iOS 10:
– iPhone 7
– iPhone 7 Plus
– iPhone 6s
– iPhone 6s Plus
– iPhone 6
– iPhone 6 Plus
– iPhone SE
– iPhone 5s
– iPhone 5c
– iPhone 5
– iPad Pro 12.9-inch
– iPad Pro 9.7-inch
– iPad Air 2
– iPad Air
– iPad 4th generation
– iPad mini 4
– iPad mini 3
– iPad mini 2
– iPod touch 6th generation

2. BACK UP DEVICE ANDA

Biasanya , major update iOS baru ke device akan mempunyai masalah bug ,masalah update separuh jalan, masalah stuck dekat apple logo setelah update, jadi disini adalah penting untuk anda backup terlebih dahulu sebelum data-data lama anda hilang begitu saja

Ada dua cara backup dengan betul :
– iTunes dekat computer – cara paling selamat dan cepat, bergantung pada spec computer / penggunaan data dekat iphone ipad
– iCLoud dekat server apple – hanya 5GB free sahaja ruang untuk backup , perlukan internet yang kuat , cara ni paling lambat , tidak digalalakkan .

3. TAHU DETAILS APPLE iD DAN JUGA PASSWORD

Benda ni selalu terjadi , sebab sekarang ni tak memerlukan password untuk download apps baru , hanya guna touch id sahaja , tetapi dalam kes ni , untuk update iOS 10 ni anda perlu ingat APPLE ID beserta password jika diminta.

Sekiranya anda lupa password sila buat recovery password dekat link ni : https://iforgot.apple.com/password/verify/appleid
Email dan juga password email tu perlu tahu untuk buat cara recovery password ni .

Jika semua tidak tahu , jangan pandai-pandai pergi update iOS baru ye , sebab lepas tu bila diminta masukkan apple id dengan password iPhone / iPad dan anda gagal masukkannya , lalu iPhone anda hanya boleh disimpan dalam laci je ..huhu

4. UPDATE iOS 10 MENGGUKAN iTUNES KOMPUTER BUKAN TERUS WIFI – OTA (on the air dalam setting)

Selalunya major iOS update ni perlukan anda untuk guna iTunes untuk update iOS , jangan guna OTA (on the air) dekat setting tu , sebab akan ada masalah update guna OTA ni pastikan anda backup terlebih dahulu (backup this computer dalam iTunes) untuk elak sebarang masalah atau data iPhone anda hilang selepas update.

Sebab kenapa OTA tidak digalakkan:
– Akan ada bug software seperti lagging
– Stuck apple logo disebabkan lost connection
– Sesetengah apps atau setting tidak boleh digunakan
– Bug-bug lama masih ada lagi dalam iOS
– Bukan fully size version iOS , hanya patch sahaja
– Selalunya pada hari pertama server iOS untuk update akan jadi “busy” sebab user iPhone iPad seluruh dunia akan download update iOS baru ni, disebabkan ini ia akan mengganggu proses untuk download update melalui OTA ni .

Semasa update guna iTunes sila JANGAN bagi komputer anda dalam keadaan SLEEP sebab takot sambungan internet akan terputus semasa update nanti .

Dan jika anda kata selama ni update guna wifi OTA masih tiada sebarang masalah sila abaikan juga post cara update ni, sebelum iPhone anda nanti stuck dekat apple logo dan sebelum anda menangis sebab tak sempat nak buat backup dekat iTunes komputer atau iCLoud sila baca semua ni .. hahah ;P

5. MEMPUNYAI SAMBUNGAN WIFI INTERNET YANG KUAT.

– Pastikan anda ada sambungan internet yang kuat sekurang-kurangnya 5 Mbps keatas untuk mengelakkan anda menunggu masa yang lama untuk update – file firmware iOS 10 dalam 2GB
– Tidak digalakkan update di kedai-kedai mamak yang internet nya kurang laju .

Nak tau details apa yang best dekat iOS 10 ni boleh tengok link ni http://www.apple.com/ios/ios-10/

Credit kpd penulis Facebook Apple User Group Malaysia


Tags: , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. shafiq shszwan says:

    saye punye masalah bila nk update dye akn kuar viewling payment and bila sye isi benda yg nk dye kuar plk (payment sye dibatalkan),,, saya dah refer kat bank dan active kn pembelian ats tlian … benda yang sama kuar tolong penjelasan dengn segera … sblom sye cmpk iphone ni… :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published.