PENJELASAN CUEPACS BERKENAAN BONUS PALSU PENJAWAT AWAM DIBAYAR PADA 14 NOVEMBER 2016

| 12/10/2016 | 0 Comments

Penjelasan CUEPACS berkenaan bonus palsu penjawat awam! Panas betul baru-baru ini dengan penyebaran gambar palsu mengenai bonus penjawat awam 2016. Siapa yang tergamak buat perkara begitu. Rasanya ia perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengeruhkan keadaan.

Paling mengejutkan, penyebaran berita atau gambar palsu itu adalah menerusi laman web rasmi CUEPACS. Benda ‘panas’ memang sekejap jer akan jadi viral.

penjelasan-cuepacs-berkenaan-bonus-palsu-penjawat-awam-dibayar-pada-14-november-2016

Tidak berkesempatan untuk menyiarkan penjelasan CUEPACS pada waktu itu, kali ini ammboi sertakan semula penjelasan CUEPACS mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Anda boleh baca sepenuhnya petikan yang dipetik dari akhbar Berita Harian dibawah.

Penjelasan CUEPACS berkenaan bonus palsu penjawat awam. Laman web diceroboh…

CUEPACS mengesahkan laman web rasmi kesatuan itu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab petang semalam sehingga menyebabkan tersebar gambar menyatakan kononnya penjawat awam akan menerima bonus pada November ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya kesal dengan pencerobohan laman web itu dan menganggap ia sebagai satu tindakan untuk melaga-lagakan CUEPACS dan kerajaan.

Usaha pihak tertentu yang mahu sabotaj…

“Kami menyedari perkara itu petang semalam dan sudah meminta pengendali laman web membuang gambar berkenaan dengan segera tetapi ia begitu cepat tersebar. Ia adalah gambar palsu.

“Saya menganggap perbuatan ini sebagai satu usaha pihak tertentu yang mahu sabotaj kami untuk menggagalkan tuntutan bonus pada kerajaan. Ia juga bertujuan mencetus kemarahan kerajaan terhadap CUEPACS. Kami kesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

Yakin Perdana Menteri memahami. Berharap tuntutan dipertimbangkan…

Azih berkata, pihaknya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana tidak mahu ia menjadi kes berpanjangan. Katanya, CUEPACS hanya berharap tuntutan mereka agar diberikan bonus dua bulan gaji dipertimbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami meminta penjawat awam bersabar. Beri peluang kepada Perdana Menteri membentangkan keputusannya pada Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 ini.

“Kita yakin Perdana Menteri memahami masalah dihadapi penjawat awam dan permintaan kami itu tidak begitu keterlaluan. Kami fikir kerajaan berkemampuan memenuhi tuntutan CUEPACS,” katanya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman dari PM pada 21 Oktober 2016 ini. Kalau ada rezeki, adalah tu. Yang penting, CUEPACS sudah buat yang sebaiknya. Insya Allah.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Leave a Reply

Your email address will not be published.