RESPON TAN SRI ANNUAR MUSA BILA PAMOGA QU PUTEH ENGGAN TERUSKAN TAJAAN BAGI MUSIM 2017

| Oct 26, 2016 | 0 Comments

Sejak beberapa musim yang lalu pasukan bola sepak Kelantan atau dikenali dengan jolokan The Red Warriors (TRW) berdepan dengan pelbagai kesukaran berkaitan faktor kewangan.

Sinar harapan nampaknya kembali cerah untuk Kelantan pulih apabila Datuk Vida menerusi Pamoga Qu Puteh muncul selaku penaja utama baru pasukan.

respon-tan-sri-annuar-musa-bila-pamoga-qu-puteh-enggan-teruskan-tajaan-bagi-musim-2017

Bagaimanapun, ia nampaknya indah khabar dari rupa. Masalah yang sama tetap berulang. Pemain dan pasukan seperti hilang fokus setelah masalah kewangan kembali menghantui kantung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Pada penghujung saingan liga, Pamoga Qu Puteh ada menyuarakan hasrat untuk menarik diri sebagai penaja. Antara alasan yang memungkinkan mereka menarik diri adalah kerana tiada sambutan dari rakyat Kelantan untuk membeli produk Pamoga.

Penaja itu juga meluahkan kekecewaan dengan prestasi pasukan Kelantan yang gagal memenangi sebarang piala selain hanya menduduki tangga keempat Liga Super 2016.

Dikalangan penyokong pula, ada yang gusar dengan pengunduran Pamoga. Dalam pada itu ada yang menyambut baik agar mereka menarik diri. Ia ekoran imej pasukan Kelantan yang sedikit tercalar ekoran beberapa tindakan dan syarat dari penaja utama itu.

Hari ini, menerusi laman Facebook peribadinya, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah memberi bayangan bahawa Pamoga Qu Puteh sah akan menarik diri sebagai penaja utama pasukan Kelantan walaupun masih berbaki kontrak sehingga 2017.

Berikut adalah respon TSAM berhubung status Pamoga Qu Puteh:

Penaja utama PAMOGA QU PUTEH telah memaklumkan hasrat UTK TIDAK MENAJA pasukan Kelantan Musim depan(2017)..walau pun mengikut perjanjian Tajaan mereka adalah sehingga 2017.

Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa ISU ini ke Majlis KAFA.Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dgn mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dgn semua pihak.

Walaupun ini akan menambah kesulitan KAFA namun saperti biasa setiap musim pengurusan KAFA sentiasa di uji pelbagai kepayahan yg biasanya tidak difahami pihak luar NAMUN DGN IZIN ALLAH KITA SENTIASA DAPAT ATASI CABARAN BERKAT KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN BEKERJA SECARA SUKARELA MENJAGA BOLASEPAK KELANTAN.

Kita tidak akan mudah berputus asa.Tugas bola kelantan YANG TAK SIAPA MAHU MENGAMBIL TANGGUNGJAWABNYA INI,bakal kita pikul sehingga ada pihak yg bersedia mengambil alihnya..INSYAALLAH..

Musim 2017…sekali lagi TRW BAKAL BERWAJAH BARU…

Sudah tentu ramai peminat pasukan Kelantan mahu melihat pasukan yang pernah digeruni itu kembali menyengat untuk musim akan datang. Dari segi perbelanjaan pula, ramai yang mencadangkan agar KAFA mengikut kemampuan.

Berdasarkan info terkini, ramai pemain skuad Piala Presiden Kelantan ada potensi untuk bermain dalam pasukan utama pada musim 2017. Mereka mungkin boleh mengisi kekosongan pemain utama yang dikhabarkan bakal berhijrah secara berjemaah.

Dari aspek pemilihan pemain import pula, KAFA tidak seharuskan terlalu boros dan memilih berdasarkan rekod lampau.

Insya Allah, masih ada harapan untuk kembali menyinar.

Gomo Kelate Gomo!


Tags: , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.