CUTI SEKOLAH 2017 MALAYSIA

| Nov 21, 2016 | 0 Comments

Kalendar persekolahan dan cuti sekolah 2017! Persekolahan bagi tahun 2016 bakal berakhir pada minggu ini. Sudah tentu anak-anak begitu gembira apabila mereka bakal bercuti panjang tidak lama lagi.

Ibu bapa pula sudah semestinya telah merancang pelbagai aktiviti atau program bersama anak-anak bagi mengisi masa sepanjang cuti sekolah mereka. Ada macam-macam aktiviti bermanfaat boleh dilakukan selain daripada balik kampung.

cuti-sekolah-2017-malaysia

Antaranya ibubapa boleh bawa anak-anak bercuti ke tempat bersejarah, muzium dan sebagainya. Dalam pada itu, bolehlah juga tenangkan fikiran bersama anak-anak dengan bercuti ke tempat peranginan.

Perancangan bagi tahun 2017…

Selesai sesi 2016, kita tengok pula apa yang telah dijadualkan bagi tahun 2017. Yalah, inilah masanya untuk kita membuat perancangan tahun hadapan pula.

Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh ibu dan bapa pelajar iaitu takwim persekolahan bagi tahun 2017.

Untuk makluman semua, sesi persekolahan bagi tahun hadapan akan bermula pada 1 Januari 2017 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala bagi negeri-negeri lain sesi persekolahan dijadualkan akan bermula pada 3 Januari 2017.

Jadual persekolahan dan cuti sekolah 2017…

Berikut ammboi sertakan lampiran jadual persekolahan bagi sesi 2017. Ia akan memudahkan kita semua untuk merancang cuti, program, kenduri atau sebagainya.

cuti-sekolah-2017-kelantan-terengganu-johor-kedah cuti-sekolah-2017

Anda juga boleh download Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah bagi tahun 2017 di SINI.

Semoga takwim persekolahan bagi tahun 2017 ini memberi manfaat kepada kita semua.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.